
Harga petrol setelah diapungkan dan tanpa subsidi sentiasa turun naik. Hari ini harga petrol telah dinaikkan sebanyak 20 sen dari RM1.90 kepada RM2.10. Kenaikan disebabkan oleh peningkatan harga minyak dunia. Mungkin ramai yang mengeluh tapi ianya adalah diluar kawalan kita. Apa yang kita boleh buat adalah bagaimana kita mengawal perbelanjaan petrol kita. Berikut adalah 15 tips bagaimana anda boleh menjimatkan perbelanjaan petrol anda.
1. Servis mengikut jadual

Melakukan servis untuk kendaraan anda merupakan perkara yang paling penting sekali dalam tempoh pemilikan kenderaan. Misalannya penukaran minyak enjin dan kotak gear. Minyak enjin akan kehilangan kelikatan setelah beberapa ribu kilometer digunakan. Jika tidak diganti, akan berlaku geseran tidak normal pada komponen di dalam enjin menyebabkan enjin tidak berfungsi dengan optimal dan menambah penggunaan minyak petrol.
2. Tidak melakukan pengubahsuaian enjin dan sistem ekzos

Pengubahsuaian pada bahagian enjin dan ekzos boleh menyebabkan penggunaan petrol meningkat. Kebiasaanya, pengubahsuaian bertujuan untuk menambah kuasa enjin dengan menambah komponen seperti turbo, supercharger atau mengubahsuai camshaft. Ini akan menyebabkan enjin akan lari dari setting asal dan meningkatkan penggunaan petrol.
3. Tidak menukar rim bersaiz besar dan berat

Rim bersaiz besar bermakna berat juga bertambah. Mungkin ada jenis yang ringan. Berat rim yang bertambah akan menyebabkan lebih banyak daya pecutan diperlukan untuk menggerakkan kenderaan anda. Ini akan menambah penggunaan minyak anda.
4. Tidak memecut dan membrek dengan mengejut
Tabiat pemanduan yang selalu memecut dan membrek dengan mengejut akan meninggikan penggunaan petrol anda. Ini kerana lebih banyak daya yang diperlukan setelah anda membuat brek mengejut dan memijak pedal untuk pecutan.
5. Keluarkan barang yang tidak diperlukan

Kebanyakan kita pasti ada meletakkan barang yang tidak diperlukan didalam kereta kita. Contohnya lepas pulang dari bercuti panjang beg-beg dibiarkan sahaja dalam boot atau beg golf yang sentiasa ada dalam boot. Ini akan menambah berat kenderaan dan mengurangkan power to weight ratio. Seterusnya meningkatkan penggunaan minyak anda.
6. Tidak memasang bodykit yang berlebihan

Bodykit yang berlebihan akan menambah berat kepada kenderaan anda. Pertambahan berat akan menyebabkan nisbah kuasa kepada berat akan berkurang dan lebih banyak daya pecutan diperlukan untuk menggerakkan kenderaan anda.
>>Panduan tinggikan coverage takaful dengan bayaran yang paling rendah. Klik sini<<
7. Tidak memasang dummy aksesori

Setiap kenderaan sudah diuji dalam terowong angin untuk mengira faktor geseran pada badan kereta. Jika anda menambah aksesori dummy seperti air scoop pada bonnet (ala-ala Subaru Impreza), anda akan menambah geseran pada kereta anda dan meningkatkan penggunaan petrol.
8. Tidak membiarkan enjin kereta hidup di tempat parking

Berada di kawasan parking dengan menghidupkan enjin ketika menunggu bukan sahaja tidak baik kepada alam sekitar juga meningkatkan penggunaan petrol anda. Di sesetengah negara, anda boleh didenda jika melakukan ini. Sebaiknya keluarlah dan cari tempat menunggu yang lebih sesuai.
9. Kurangkan menggunakan servis drive thru

Drive thru terutamanya untuk makanan segera amat memudahkan tapi ia tidak baik untuk alam sekitar dan juga menambahkan penggunaan petrol anda ketika anda beratur untuk mendapat giliran.
10. Pasang aircond secara minima
Penggunaan aircond akan menambah beban kepada enjin. Penggunaan aircond yang minima dapat membantu anda menjimatkan penggunaan petrol.
11. Elakkan jalan sesak

Kesesakan jalanraya akan menambahkan lagi penggunaan petrol anda. Ini kerana kereta anda terpaksa banyak kali bergerak dari keadaan pegun yang memerlukan daya yang besar. Elakkan dari melalui kawasan sesak dengan merujuk aplikasi seperti waze.
12. Rancang perjalanan dengan teliti.
Anda boleh mengurangkan penggunaan petrol dengan merancang perjalanan anda dengan teliti. Sebagai contoh dalam sebulan berapa kali anda perlu untuk ke pasaraya? Mungkin anda boleh menukar pattern anda ke pasar dengan membeli secara pukal pada awal bulan.
13. Tetapkan matlamat perjalanan lebih awal
Penting untuk anda menetapkan matlamat perjalanan anda dari awal untuk mengelakkan anda pergi ke tempat2 yang tiada dalam rancangan seterusnya meningkatkan penggunaan petrol anda.
14. Ketahui jalan pintas
Jika anda melalui sesuatu jalan setiap hari, jika berlakunya kesesakan pada jalan yang anda selalui lalui, pastikan anda mengetahui jalan pintas dengan segera. Boleh juga rujuk aplikasi waze untuk bantuan.
15. Amalkan pemanduan ECO

Kebanyakan kereta hari ini sudah dilengkapi dengan penunjuk ECO Drive untuk membantu anda memandu dengan penjimatan yang optimum.
Ini adalah antara tips-tips penjimatan minyak petrol yang boleh kita amalkan. Sharekan post ini jika bermanfaat kepada anda dan rakan-rakan.
Leave a Reply