Takaful, Umum

Sikap Penunggang Superbike Di Jepun Yang Patut Dicontohi

5th November 2017


Saban hari kita diperlihatkan di laman sosial mengenai berita kemalangan penunggang motosikal berkuasa besar atau superbike. Kemalangan memang datang mengejut tetapi ia boleh dielakkan jika kita berhati-hati dan mengikut segala peraturan yang ditetapkan. Superbike biasa laju dan ramai penunggang yang mencelah-celah terutamanya di lebuh raya bukan sahaja membahayakan mereka sendiri malah pengguna lebuh raya yang lain juga. Baru-baru ini admin berpeluang ke negara Jepun, tempat lahirnya pelbagai jenis jenama superbike dan agak terkejut dengan disiplin penunggang superbike di sana.


Sebelum itu, di negara Jepun, penunggang motorsikal perlu juga membayar tol jika menggunakan lebuh raya. Berbeza dengan negara kita di mana pengguna motorsikal dikecualikan dari membayar tol termasuklah superbike. Namun superbike la yang lebih-lebih di lebuh raya ya. Jangan marah abang superbike. 


Sewaktu admin berada di lebuh raya Tomei di Nagoya, terlihat sebuah superbike yang datang laju di lorong paling kanan namun setelah menghampiri trafik, superbike itu memperlahankan motornya dan hanya mengekori kenderaan hadapannya tanpa mencelah-celah seperti kebiasaannya di negara kita. Sehinggalah kereta di hadapannya memberikan laluan barulah superbike itu melajukan motornya dan meneruskan perjalanan. Ini adalah satu contoh saling hormat menghormati antara pengguna lebuh raya yang patut dicontohi. Lihat video penuh di bawah.

Kemalangan superbike akibat celah mencelah boleh dielakkan jika penunggang mengamalkan sikap seperti ini. Masih ingatkan kemalangan superbike di Singapura beberapa bulan lalu akibat perbuatan mencelah atau mencilok pada kelajuan tinggi? Ingat malang tidak berbau.

Jalanraya bukanlah tempat untuk berlumba dan menunjukkan skil anda. Patuhilah kesemua peraturan jalan raya dan tanamkan sifat saling hormat menghormati antara satu sama lain InsyaAllah semua akan selamat. Kongsikan artikel ini jika bermanfaat.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!