• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About Us

azizulwmc.com

Live, Plan & Protect

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Tempoh Bertenang, Tempoh Menunggu dan Siasatan Dalam Takaful?

9th September 2017 by azizulwmc Leave a Comment

Share this on WhatsApp


Dalam takaful, terdapat beberapa terma yang perlu anda ketahui sebelum sijil berkuatkuasa dan boleh digunakan (claim). Konsep pengambilan takaful adalah saling mempercayai antara syarikat dan peserta yang dilindungi. Seperti fungsi takaful itu sendiri yang melindungi sesuatu perkara yang tidak kita ingini seperti sakit dan kemalangan pada masa hadapan (future risk), keadaan semasa peserta seperti penyakit bawaan lahir (congenital) dan penyakit sedia ada (existing illness) adalah diletakkan dalam pengecualian atau tidak dilindungi. Sebab itu takaful meletakkan syarat untuk membuat claim supaya tidak berlaku penipuan fakta.

1. Cooling OFF Period (tempoh bertenang)
Tempoh Cooling OFF ini adalah tempoh di mana anda boleh menamatkan sijil takaful dalam 15 hari dari tarikh sijil berkuatkuasa. Caruman anda akan dikembalikan semula sebahagianya jika anda menamatkan sijil.

2. Waiting Period (tempoh menunggu)
Ini yang selalu ejen gagal menerangkan dengan baik kepada bakal clientnya. Seperti yang saya tulis dibahagian atas. Boleh rujuk gambar ini untuk lebih jelas mengenai waiting period.


Penerangan dalam garis masa di atas adalah lebih mudah difahami. Sebaik sahaja sijil berkuatkuasa, anda sudah dilindungi jika berlakunya kemalangan. Contoh, jika berlaku kemalangan jalanraya yang memerlukan pembedahan segera atau kena buat pembelian besi dan sebagainya, anda terus dicover. 

Selepas 30 hari, anda sudah dicover untuk sakit seperti viral fever seperti kencing tikus dan sebagainya, dan untuk demam denggi yang sangat bahaya sudah boleh cover lepas 21hari. Ada client saya betul-betul baru lepas 30hari dah terpaksa masuk wad akibat jangkitan paru-paru. Bil sebanyak RM8ribu dibayarkan oleh syarikat takaful. 

Untuk penyakit tertentu yang telah disenaraikan, penyakit tersebut MESTILAH wujud selepas 120hari dari tarikh polisi/sijil diluluskan. Tempoh ini adalah bagi mengelakkan penipuan sewaktu permohonan dibuat dengan menyembunyikan penyakit sedia ada dengan harapan untuk buat claim selepas 120hari sijil berkuatkuasa. 

Bagi tuntutan yang menimbulkan keraguan dalam tempoh 2 tahun sijil berkuatkuasa, syarikat takaful berhak menangguhkan jaminan perlindungan terlebih dahulu dan meminta anda membuat bayaran terlebih dahulu (pay and claim). Tetapi untuk mengelakkan bayaran yang mahal in case GL anda ditolak sebab disahkan penyakit sudah ada sebelum polisi diambil, anda boleh buat pemeriksaan di hospital kerajaan terlebih dahulu. 


Berkenaan isu yang viral baru-baru ini, ini adalah prosedur syarikat insuran/takaful seperti yang saya terangkan di atas. GL belum ditolak lagi tetapi perlu ambil masa untuk syarikat lakukan siasatan sebab dikhabarkan polisi baru 1 tahun 7 bulan dari tarikh polisi diluluskan. Pemilik polisi seharusnya faham dan bersabar. Ejen-ejen juga perlu memainkan peranan dengan memberikan penerangan yang jelas sewaktu polisi ditandatangani agar tidak berlaku salah faham. Syarikat takaful/insuran jenama apa sekalipun akan melakukan prosedur yang sama kerana ia adalah satu ketetapan yang telah dispersetujui dan dikawal selia oleh Bank Negara. 


Jika syarikat takaful/insuran ini menipu, kenapa setiap hari ada saja claim yang dibayar kepada peserta-peserta? Dan kebanyakan kemasukan wad di hospital-hospital adalah dengan tanggungan takaful. Kebanyakan kita mempunyai tunai terhad namun hospital sentiasa saja penuh dan pastinya kemasukan ditanggung oleh takaful atau insuran-insuran yang lain. 

Apa yang hendak disampaikan di sini, takaful adalah jaminan musibah masa hadapan dan bukannya yang sedia ada. Contoh jika kereta sudah kemalangan, tentulah takaful tak cover. Jadi, ambillah takaful secepat yang boleh. Jika sudah mempunyai masalah kesihatan, perlu membuat declaration secara jujur dan telus sewaktu permohonan. Ini untuk mengelakkan claim disiasat dan berkemungkinan ditolak. Lihat juga post [Sebab-sebab umum GL tidak diluluskan] di sini. Kongsikan artikel ini jika ianya memberikan manfaat.



Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Like this:

Like Loading...
Share this on WhatsApp

Filed Under: Takaful Tagged With: cooling off period takaful, insuran, medica 2015, medical card zurich takaful, tempoh bertenang takaful, tempoh menunggu medical card, waiting period takaful

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

IKLAN

E-mail Newsletter

  • Facebook
  • GitHub
  • Instagram
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

More to See

Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!

28th January 2024 By azizulwmc

Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )

23rd January 2024 By azizulwmc

Footer

Text Widget

This is an example of a text widget which can be used to describe a particular service. You can also use other widgets in this location.

Examples of widgets that can be placed here in the footer are a calendar, latest tweets, recent comments, recent posts, search form, tag cloud or more.

Sample Link.

Recent

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti
  • Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!
  • Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )
  • Kenali Jenis-Jenis Buah Durian dan Ciri-cirinya – Mesti Baca
  • Iklan Jawatan Kosong di JAIS – Tarikh Tutup 25 Feb 2020

Search

Tags

Apple airdrop Astro Go Shop beli barang di Go Shop Biasiswa kerajaan Jepun cancer cancercare diskaun 20% durian ejen takaful gambar raya gantian gaji gantian pendapatan Go Shop jawatan kosong jawatan kosong JAIS jawatan kosong kerajaan jawatan kosong petronas kad kesihatan kad perubatan kedai aksesori telefon ustaz kedai ustaz kedai ustaz pkns kepentingan takaful konsultan takaful kos perubatan liga perdana inggeris mampu milik medica 2015 medica2015 medica 2016 medical card medical card murah medical card standalone medical card zurich takaful musang king pusat pakar UKM scammer Shimono vacuum cleaner takaful takafulink takaful medical card tom yam best ukm kesihatan zurich takaful zurich takaful cancercare

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d