Umum, Viral semasa

Benarkah Kata Bekas Jurutera Harga Tiket ECRL Berharga RM520 Seorang?

13th August 2017


Hari ni admin terbaca satu penulisan di satu blog yang di mana seorang bekas jurutera menganggarkan tiket ECRL atau keretapi laju dari KL ke Kota Baru berjumlah RM520 seorang. Ini berdasarkan kiraannya secara terus di mana kos pembinaan ECRL dibahagi dengan tempoh pinjaman.


Boleh saya katakan beliau tidak memahami konsep keseluruhan pembangunan ECRL ini. Dikatakan unit perancangan sudah lebih sedekad mengkaji pelan untuk projek ini untuk peningkatan kegiatan ekonomi terutamanya di kawasan pantai timur. Ia bukan hanya sebagai satu mod pengangkutan manusia, tapi apa yang lebih besar impaknya adalah kepada sektor logistic freight & haulage. Akhbar The Star telah pun mengeluarkan perincian mengenai kesannya kepada ekonomi makro dan mikro. Baca artikel tersebut di [sini]. 


Sebenarnya, pinjaman luar untuk infrastruktur telah berlaku sejak dulu lagi. Cuma kita banyak membuat pinjaman dari negara Jepun dalam matawang Yen. Pelbagai projek infra termasuk KLIA telah dibiayai dengan hutang luar. Kenapa kerajaan berani berhutang? Kerana ianya telah dilakukan kajian terperinci. Lihat kertas kajian pembinaan KLIA di [sini]. Ya semuanya diambil kira termasuk makro dan mikro ekonomi bukan hanya pada tiket kapal terbang semata. Kalau hanya tiket diambil kira, memang tak naik kapal terbang la kita haha. Cuma pada masa sekarang Yen bukan pilihan yang baik kerana kadar tukaran yang tinggi berbanding RM menjadikan kos bayaran balik yang mahal. 

Apa yang nak disampaikan di sini adalah semak dahulu fakta sebelum anda membuat kenyataan. Tak kira la anda jurutera atau pun siapa. Ini bertujuan supaya tidak timbul kekeliruan dikalangan rakyat. 

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!