Travelog

Pengalaman Tonton Liga Perdana Inggeris Di Stadium

23rd July 2017

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Hari ini admin nak kongsikan pengalaman menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris, antara pasukan Tottenham Hotspurs dengan Crystal Palace di stadium pasukan Tottenham, White Hart Lane, London. Walaupun bukannya perlawanan pasukan hebat seperti Manchester United atau Chelsea kerana kekangan masa dan harga tiket yang tidak mengizinkan, pasukan seperti ini juga sudah cukup untuk anda merasai pengalaman gema sorakan penyokong kelab bolasepak liga perdana Inggeris seperti mana yang anda sering lihat di televisyen.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Stadium pasukan Tottenham tidak jauh dari rumah kami bermalam di Marble Arch, London. Namun tetap juga perlu menukar keretapi bawah tanah atau Tube beberapa kali. Stadium pasukan Tottenham ini merupakan stadium lama dan khabarnya mereka akan membina stadium baru nanti.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sebenarnya, sewaktu perlawanan berlangsung, anda tidak boleh mengambil gambar atau merakam aksi perlawanan kerana ia adalah hak ekslusif pemilik liga perdana inggeris. Namun kalau ambil curi-curi bolehlah. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila penyokong kedua-dua pasukan sentiasa bersorak tanpa henti dan gema stadium sama seperti yang kita selalu lihat di televisyen.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Antara pemain bintang terkenal sewaktu perlawanan itu adalah Harry Kane dan Delle Ali dari pasukan Tottenham. Juga pemain Korea Selatan iaitu Son Heung-Min. Perlawanan dipenuhi aksi menarik antara kedua pasukan namun mereka gagal menjaringkan gol dan perlawanan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Untuk rakan-rakan yang ingin menyaksikan perlawanan liga perdana inggeris di stadium, pastikan anda menempah tiket awal kerana biasa tiket akan habis sebelum hari perlawanan. Ikuti lagi cerita perjalanan di bumi UK pada post akan datang.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!