Info Scam, Umum

Awas Panggilan Palsu Guna Nama RHB Bank

5th July 2017


Orang ramai dinasihati agar tidak terpedaya dengan panggilan mesin automatik menggunakan nama RHB bank yang menyatakan anda menggunakan kad kredit atau mempunyai pinjaman peribadi dengan RHB bank kerana ia adalah panggilan palsu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Baru-baru ini admin pun memerima panggilan tersebut dan suara mesin menyatakan admin mempunyai bayaran pinjaman peribadi yang tertunggak sebanyak RM3000 sedangkan admin memang tidak pernah membuat pinjaman peribadi dengan mana-mana bank.


Mereka menggunakan nombor yang tertera di atas membuat panggilan ke telefon admin. Apabila mengesyaki ianya adalah panggilan palsu, terus admin tekan butang letak telefon. Bila kita buat carian di FB, nampaknya memang ramai juga yang jadi mangsa panggilan palsu ini.



Panggilan palsu ini bukan perkara baru namun untuk panggilan palsu yang menggunakan nama RHB ini nampak lebih advance dengan menggunakan mesin suara automatik, seperti ianya satu panggilan yang rasmi.


Orang ramai dinasihati mengikuti nasihat Bank Negara Malaysia seperti rajah di atas untuk mengelak menjadi mangsa kepada sindiket penipuan ini. Kongsikan post ini dengan rakan-rakan lain sebagai peringatan. Cegah sebelum kena.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!