Travelog, Umum

Syurga Barangan Terpakai Jepun Di Jalan-Jalan Japan One City (Galeri Gambar)

2nd April 2017


Ingin mencari barangan terpakai dari negara Jepun? Sebelum ini mungkin hanya baju bundle Jepun. Negara Jepun merupakan negara industri pembuatan dan innovasi telah banyak membuat barang yang berkualiti tinggi seperti kenderaan dan juga barang isi rumah. Cuma, masalah utama mereka adalah rumah yang sempit yang tidak boleh menyimpan banyak barang. Jadi cara mereka menjimatkan ruang adalah dengan menjual semula barang-barang yang tidak diperlukan kepada kedai barang terpakai yang dipanggil ‘Chukoya’ atau ‘Kaitoriya’. Barang ini akan dijual semula kepada pelanggan lain yang memerlukan barang tersebut. Lambakan barang terpakai di Jepun ini mungkin menjadi idea pemilik kedai barangan terpakai Jalan Jalan Japan di pusat membeli belah One City Subang untuk memasarkan barangan terpakai berkualiti di negara ini. Pemiliknya juga adalah rakyat Jepun.


Gambar di atas adalah rupa kedai-kedai barangan terpakai di Jepun. Barangan yang tidak lagi diperlukan akan di bawa ke kedai itu dan tuan kedai akan membeli pada harga yang dipersetujui dan dia akan menjual semula kepada pelanggan lain dengan sedikit keuntungan.


Pelbagai barangan terpakai dijual di sini dari baju, mainan, peralatan bayi, stroller, raket, alatan muzik dan banyak lagi. Kedai ini mempunyai 2 tingkat di mana tingkat satu lebih fokus kepada baju kanak-kanak dan alatan mainan. Juga terdapat robot gundam dijual.


Naik ke tingkat dua disambut dengan deretan stroller bayi dan kerusi kereta bayi. Semuanya berjenama. Stroller dari jenis sangat ringan dan mesra ruang. Stroller masih dalam keadaan baik cuma perlu sedikit kerja-kerja pembersihan sebelum guna. Harga dari sekitar RM150 hingga RM300 mengikut jenis. Stroller-stroller Jepun ini jika baru semuanya bernilai lebih RM1000 kerana ianya ringan dan mesra ruang.


Kerusi kereta bayi pula keadaannya memuaskan dan perlu kerja-kerja pembersihan kecil sebelum digunakan. Juga berharga sekitar RM150-RM300.


Alatan muzik juga ada dijual dari gitar kapok ke gitar elektrik pelbagai jenis boleh dicuba. Mungkin kualiti alatan muzik boleh dipertingkatkan lagi.


Bagi mereka yang ingin bercuti dan ingin mencari beg spare juga boleh ke sini kerana mungkin jika nasib anda baik boleh dapat yang cantik. Semuanya berjenama namun sila hati-hati dengan kualiti barang. Juga terdapat beg tangan wanita pelbagai jenis untuk dipilih.


Untuk mereka yang minat sukan tennis dan golf boleh juga datang kerana pelbagai jenis raket tennis dan set golf ada dijual di sini. Di Jepun, raket jenama Yamaha pun ada hahaha.


Kali ini saya telah membeli sebatang raket tennis dan 2 paket bola tennis keseluruhannya berharga RM36. Raket tennis jenama Yonex cukup ringan kerana dibuat dari bahan carbon fibre.
Secara keseluruhannnya, kualiti barang boleh dipertingkan lagi. Apa pun tengok niat anda untuk membeli.

>>Medical card tanpa had seumur hidup dengan diskaun 20%. Klik [sini] untuk maklumat lanjut<<

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!