Info Kesihatan, Medical Card, Takaful

Rokok Sebabkan Remaja Terpaksa Makan Ubat Pencair Darah

27th February 2017

Azman baru berusia 31 tahun. Pada hari ini dia sudah wajib untuk memakan ubat pencair darah iaitu ‘warfarin’ dan juga ubat untuk membetulkan ritma jantungnya iaitu ‘amiodarone’.

Ritma jantung manusia selalunya berbunyi ‘Lub dub’ dan berlaku pada selang masa yang sama. Tetapi bagi jantung Azman ritmanya mudah berubah-ubah. Sekejap laju sekejap lambat. Menunjukkan pencetus maklumat yang memulakan pengecutan otot jantung mempunyai masalah.

Masalah ini dipanggil sebagai ‘atrial fibrillation’. Ingin saya bagi tahu, dalam atrial fibrillation, ruang atas jantung yang dikenali sebagai ‘atrium’ tidak boleh mengepam darah secara efisien ke ruang bawah iaitu ventrikel. Ini menyebabkan darah boleh membeku dan bergumpal di dalam bahagian atrium dan gumpalan itu boleh dipam masuk ke dalam otak.


Gumpalan darah yang memasuki otak akan menyekat pengedaran darah ke otak dan menyebabkan kelumpuhan pada anggota badan. Inilah yg dikenali sebagai strok

Maka, doktor mewajibkan Azman untuk mengambil ubat pencair darah ‘warfarin’ supaya darahnya itu tidak bergumpal

Dulu Azman seorang yang aktif. Selalu bermain bola sepak. Selalu bermain badminton. Lompat sana. Lompat sini. Naik bukit. Naik gunung. Tetapi hari ini, Azman mengelakkkan semua sukan tersebut. Katanya jika dia aktif siket, jantungnya akan berdenyut laju. Kadang-kadang mengganggu pernafasan dia.

Semua orang pelik dengan Azman. Dan satu kepelikkan lagi adalah dia sudah berhenti merokok. Dulu rokok gudang garam menjadi pilihan. Wajib merokok dalam 2 kotak sehari. Satu kotak ada 16 batang. Harganya lebih kurang RM 4 ringgit. Tidak mempunyai gambar yang menakutkan seperti kanser tekak, paru-paru hitam, kanser paru-paru mahupun keguguran bayi. Ini merupakan rokok seludup yang dibawa daripada Indonesia. Banyak dijual dikedai runcit diluar sana. Tidak ditayang dikaunter seperti rokok-rokok yang bercukai.

Manakala rokok yang bercukai selalunya mesti mahal. Lebih kurang RM 17 lebih. Ada gambar-gambar yang meloyakan perokok. Wajib mempunyai bilangan 20 batang. Ini barulah rokok yang dicukai iaitu agenda kerajaan untuk mendapatkan duit rakyat, bilang Azman dalam hati sebelum ini.

Tetapi semuanya sudah terlambat. Azman telah mengalami komplikasi daripada merokok.

Teringat dia satu hari ketika mana di sedang hisap rokok selepas sahaja menghabiskan roti canai sekeping. Tiba satu perasaan berat menghimpit di dadanya. Perasaan sakit yang sangat melampau. Sehingga hendak menarik nafas pun tersekat-sekat. Satu je yang dia ingat waktu itu, adakah waktu ini yang aku akan meninggalkan dunia ini.

Peluh mula mencucuri badan. Pandangan matanya kabur-kabur tanda hendak pengsan. Azman memegang dada dan muka berkerut tanda menahan kesakitan yang amat. Seolah-olah inilah rasa sakaratul maut yg ingin menarik nyawa daripada badannya.

Azman dibawa kejabatan kecemasan. Electrocardiogram iaitu mesin yang dapat melihat keadaan arus elektrik jantung digunakan. Dengan hanya melihat graf yang keluar daripada mesin itu, doktor tahu yang dia sedang mengalami serangan sakit jantung. Segmen ST yang meningkat tinggi pada rod V1 until V6 menunjukkan serangan jantung berlaku pada bahagian hadapan jantung. Ia disebabkan pembekuan darah yang menyumbati salur darah jantung

Malangnya Azman duduk di Kampung. Hospital yg dia mampu pergi adalah hospital daerah. Doktor hanya mampu memberi Streptokinase iaitu ubat untuk mencairkan pembekuan darah yang menyumbati saluran darah di jantung. Sedangkan rawatan yg paling berkesan untuk pesakit seperti ini adalah ‘percutaneous coronary intervention’. Iaitu satu tiub dimasukkan ke dalam salur darah jantung supaya pembekuan darah tersebut dapat dihilangkan dgn cepat dan tepat. Rawatan ini hanya boleh diberikan oleh hospital yang mempunyai pakar jantung sahaja.

Selepas beberapa jam sakit dada Azman semakin pulih. Tetapi ECG menunjukkan Azman mempunyai ritma jantung yang tidak sekata iaitu komplikasi daripada serangan jantung yang dia alami sebentar tadi.

Hari ini Azman baru berusia 31 tahun. Pada hari ini dia sudah wajib untuk memakan ubat pencair darah iaitu ‘warfarin’ dan juga ubat untuk membetulkan ritma jantungnya iaitu ‘amiodarone’. Hanya semata-mata kerana dia MEROKOK.

Sumber di ambil dari FB Root of Science

>>Mampukah anda sediakan dana  RM25000 jika diminta oleh doktor untuk rawatan batu karang? Jika tidak ketahui caranya di sini<<

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!