FPP, Medical Card, Takaful

Pusat Pakar UKM , Universiti Malaya dan Hospital Pakar Mata Tun Hussein Onn Kini Panel Zurich Takaful

23rd January 2017


Berita baik untuk pemegang medical card Zurich Takaful di mana kini hospital pakar kerajaan yang menyertai program pesakit bayar penuh atau Full Paying Patient (FPP) iaitu pusat pakar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKMSC), pusat pakar University Malaya (UMSC) dan hospital mata Tun Hussein Onn. Ini membolehkan pesakit memilih pakar yang mereka mahukan. Pusat pakar kerajaan dengan bayaran penuh ini bertujuan untuk memberikan keselesaan dan akses perubatan yang lebih kepada pesakit. Ada beberapa sebab kerajaan membuka pusat rawatan pakar dengan bayaran penuh ini. Antaranya ialah untuk mengekalkan pakar di hospital kerajaan supaya tidak berhijrah. Pesakit boleh memilih untuk membayar kos rawatan dengan cara tunai, kad kredit dan juga takaful/insuran yang diiktiraf.
Baca maklumat penuh untuk program ini di sini.


Baru-baru ini ibu saya baru membuat pembedahan tulang belakang di pusat pakar UKM dengan kos sebanyak RM48 ribu. Walaupun kosnya begitu tinggi, namun demi tidak sanggup melihat ibu yang selalu sakit, kami adik beradik tetap juga menyediakan wang tunai sebanyak itu. Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar diketuai oleh pakar pembedahan tulang belakang pusat tersebut iaitu Dr. Hisam, ibu saya kini beransur pulih.

Di sini kita lihat betapa pentingnya kita mempunyai perlindungan takaful perubatan untuk waktu yang memerlukan seperti ini. Medical Card Zurich Takaful bermula dari RM44/bulan. Mohonlah sekarang semasa anda masih sihat. Jika sudah sakit sudah terlambat untuk memohon. Sila klik [di sini] untuk info lanjut berkenaan medical card Zurich Takaful. Sharekan dengan rakan-rakan lain jika post ini bermanfaat.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!