Satu kisah mangsa scam yang sedang viral di laman sosial baru-baru ini di mana seorang mangsa telah discam dengan jumlah hampir RM60 ribu, satu angka yang begitu besar. Apa yang menjadi isu adalah anak-anak beliau meradang kerana mak mereka berhutang untuk untuk melayan scammer yang memperdayakan mak mereka dengan menjanjikan pulangan yang tidak masuk akal.
antara taktik scammer itu adalah dengan menjanjikan wang kepada mangsa tetapi mahu mangsa bank in dahulu sejumlah wang bagi menjalankan proses seterusnya. Selepas menerima bayaran, scammer akan perdaya mangsa semula untuk membuat bayaran lain dengan alasan yang direkacipta supaya mangsa menurut perintah mereka.
Anak mangsa yang meradang dengan hal ini walaubagaimanapun menasihat orang ramai supaya jangan terpedaya dan jangan terjadi seperti mak mereka dalam kes ini. Bukan sikit jumlah RM60 ribu untuk diselesaikan oleh mereka.
Ramai golongan berumur mudah menjadi mangsa kepada scam seperti ini kerana mereka ini mudah tertipu kerana tidak berfikir panjang. Justeru menjadi tanggungjawab anak untuk memeriksa dan sentiasa memantau tidak tanduk ibu bapa mereka supaya masalah ini tidak berlaku lagi. Kongsikan hantaran ini jika bermanfaat.
Sumber: https://www.facebook.com/share/FSHXePhwarSsYfMK/?mibextid=WC7FNer
Update: Jumlah kerugian meningkat kepad RM72.5K
https://www.facebook.com/share/ikacf8e5v2iH3H4u/?mibextid=WC7FNe
Leave a Reply