• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About Us

azizulwmc.com

Live, Plan & Protect

Kenali Jenis-Jenis Buah Durian dan Ciri-cirinya – Mesti Baca

5th July 2020 by azizulwmc Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Musim durian telah pun kembali dan ramai yang ingin membelinya. Pelbagai jenis buah durian terdapat di pasaran dengan rasa yang berbeza untuk dinikmati begitu dengan harganya yang berbeza mengikut gred. Banyak durian kahwin atau kacuk menghasilkan buah durian yang lebih besar, isi yang lebih besar dengan kulit yang nipis, rasa yang lebih pahit, manis dan lemak untuk dicuba. Tapi tahukah anda akan perbezaan jenis-jenis buah ini?

Durian D24

Isi durian kacuk atau kahwin biasanya tebal dan kulitnya nipis. Warnanya kilat kekuningan dan rasanya yang lemak, pahit dan manis. Kalau durian begini makan sebiji pun sudah puas hati banding makan durian kampung biasa beberapa biji. Jadi mari kita kenal jenis-jenis durian yang ada di pasaran ketika ini dengan lebih lanjut.

Durian duri hitam atau kodnya D200 dikatakan durian yang paling mahal dipasaran ketika ini. Harganya boleh mencecah RM80/kg atau dalam RM160 sebiji. Ciri-ciri durian duri hitam ini seperti dinyatakan dalam infografik FAMA di atas. Ciri utamanya adalah lekukan pada bahagian bawah buah.

Seterusnya mengikut ranking adalah durian musang king atau kodnya D197. Nama lama durian ini adalah Raja Kunyit. Ciri-cirinya adalah seperti yang ditunjukkan dalam infografik di atas. Bahagian bawahnya dikatakan menyerupai bentuk tapak sulaiman. Ada yang pernah rasa durian musang king? Boleh tulis di ruangan komen.

Lepas musang king ada pula durian musang queen atau dipanggil Tekka. Kodnya D160. Bentuknya lonjong, besar di bahagian atas dan kuncup di bawah, duri yang jarang besar dan pendek. Rasanya lemak manis berkrim sedikit pahit dan aromanya yang sederhana. Pasti nak cuba durian Tekka ini.

Seterusnya durian yang agak popular dan sering juga menjadi sebutan ramai iaitu durian udang merang atau lebih dikenali sebagai Ang Hee dikalangan masyarakat cina. Kodnya adalah D175. Ciri utamanya adalah kulit bewarna hijau keperangan dan menampakkan kelabu keputihan di celah-celah duri. Isinya bewarna kuning kemerahan dan berkilat. Ada yang minat durian jenis ini? Share pengalaman di ruangan komen.

Durian D24 adalah yang terbaik untuk mereka yang sukakan durian yang berasa pahit. Aromanya juga cukup kuat menusuk hidung menambah lagi rasa kegairahan untuk memakannya. Antara ciri utama durian ini adalah bentuk bahu rata dan bercincin pada bahagian pangkalntangkal. Ini jenis durian yang paling admin minat. Anda minat durian D24?

Durian IOI atau nama lainnya mas muar juga mempunyai ramai peminat tersendiri. Bagi mereka yang tidak suka rasa pahit, durian ini sesuai kerana ia tidak terlalu pahit seperti durian D24. Kodnya diberi D168. Ciri-ciri buah ini mempunyai duri yang rapat, halus dan sederhana panjang.

Durian tangkai panjang ni boleh dikatakan jarang-jarang ada. Admin pun jarang nampak durian ini di gerai-gerai durian sekitar lembah klang. Ciri-ciri yang jelas adalah pada tangkainya yang panjang. Buah ini mempunyai biji yang agak besar. Kat mana nak dapatkan durian ini ya?

Akhir sekali adalah durian golden bun atau kodnya D13. Durian jenis ini agar jarang juga didapati di pasaran namun ianya ada. Kulitnya berwarna hijaun tua dan buahnya sederhana besar.

Transformasi Kerjaya Anda Kepada Pendapatan Tanpa Had, Masa Lebih Fleksibel Dengan E.A.S.Y

Jadi yang mana lebih menjadi pilihan anda? Semuanya rasa sedap dan warna isi yang cantik. Jika bajet menjadi kerisauan, D24 adalah yang terbaik dengan rasa yang padu dan harga yang tidaklah terlalu mahal. Selamat mencuba. Kongsikan info ini dengan rakan yang lain.

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Like this:

Like Loading...
Share this on WhatsApp

Filed Under: Umum Tagged With: black thorn, D24, durian, IOI, musang king

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

IKLAN

E-mail Newsletter

  • Facebook
  • GitHub
  • Instagram
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

More to See

Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!

28th January 2024 By azizulwmc

Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )

23rd January 2024 By azizulwmc

Footer

Text Widget

This is an example of a text widget which can be used to describe a particular service. You can also use other widgets in this location.

Examples of widgets that can be placed here in the footer are a calendar, latest tweets, recent comments, recent posts, search form, tag cloud or more.

Sample Link.

Recent

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti
  • Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!
  • Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )
  • Kenali Jenis-Jenis Buah Durian dan Ciri-cirinya – Mesti Baca
  • Iklan Jawatan Kosong di JAIS – Tarikh Tutup 25 Feb 2020

Search

Tags

Apple airdrop Astro Go Shop beli barang di Go Shop Biasiswa kerajaan Jepun cancer cancercare diskaun 20% durian ejen takaful gambar raya gantian gaji gantian pendapatan Go Shop jawatan kosong jawatan kosong JAIS jawatan kosong kerajaan jawatan kosong petronas kad kesihatan kad perubatan kedai aksesori telefon ustaz kedai ustaz kedai ustaz pkns kepentingan takaful konsultan takaful kos perubatan liga perdana inggeris mampu milik medica 2015 medica2015 medica 2016 medical card medical card murah medical card standalone medical card zurich takaful musang king pusat pakar UKM scammer Shimono vacuum cleaner takaful takafulink takaful medical card tom yam best ukm kesihatan zurich takaful zurich takaful cancercare

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d