Penipuan menggunakan modus operandi bekerja dari rumah terus berleluasa malah lebih licik lagi. Jika sebelum ini mereka menggunakan kerja mengepos surat/flyer, kini mereka menggunakan kerja menampal sticker pula. Walaupun kerja nampak berbeza, sebenarnya modus operandinya sama.
Untuk pendaftaran, mereka mengenakan syarat bayaran RM55 dan selepas bayaran dibuat, mereka akan hantar barang yang hendak dipos atau dilekatkan sticker. Penghantaran pertama 100biji sebelum 500biji untuk penghantaran seterusnya. Jika upah melekatkan sticker itu RM1/biji, 500biji sudah RM500! Wah duduk di rumah sahaja boleh income RM500 sehari itu yang membuatkan semua teruja dan tanpa usul periksa bank in RM55 kepada mereka.
Diharapkan kita semua tidak mudah terperangkap dengan penipuan sebegini. Jika perlu, rujuk rakan-rakan terdahulu atau sekurangnya google dahulu berkenaan dengan tawaran kerja tersebut. Oleh kerana kes ini berulang, pastinya sudah ada dalam internet. Sharekan kepada rakan lain jika bermanfaat.
Leave a Reply