• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About Us

azizulwmc.com

Live, Plan & Protect

Pilih Medical Card Standalone Atau Rider (Investment linked)?

15th July 2019 by azizulwmc Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Bertemu lagi kali ini untuk kita bincangkan samada untuk memilih pelan medical card standalone ataupun jenis rider dalam pelan berkenaan pelaburan / investment linked plan (ILP). Umum mengetahui harga untuk medical card standalone adalah mengikut julat umur. Setiap risiko (kesihatan) individu berbeza pada setiap julat umur. Rujuk graf di atas. Berdasarkan graf di atas, harga untuk pelan standalone pada awalnya lebih murah berbanding pelan rider/ILP namun setelah melepasi julat umur tertentu, ianya menjadi lebih mahal. Kenapa?

Sebabnya adalah pelan standalone tidak ada dana yang dilaburkan semula untuk dapatkan pulangan. Ianya bergantung 100% pada caruman yang dibayar. Lihat pada carta di atas. Ianya adalah satu pelan standalone sebuah syarikat takaful. Lihat harga mengikut umur. Ianya mudah tetapi harga akan meningkat mengikut julat umur. Pelan standalone juga berhadapan risiko ketidakcukupan tabung tabarru’ jika claim melebihi caruman.

Untuk pelan ILP, lebih banyak manfaat tambahan boleh diambil oleh peserta antaranya seperti di atas. Selain dari medical card, manfaat-manfaat lain seperti elaun kemasukan wad, pampasan sakit kritikal dan lain-lain lagi bayaran tunai jika berlaku perkara yang tidak dijangka. Oleh kerana pelan ini berkaitan pelaburan, ianya memberikan pulangan kepada pencarum dalam bentuk nilai tunai. Banyak manfaat nilai tunai ini untuk pelan perlindungan ILP.

Nilai tunai dalam pelan ILP dapat membantu untuk mengekalkan harga polisi sehingga tahun tertentu. Contohnya jika Ali mengambil pelan takaful pada umur 28 tahun dengan harga RM150, harga RM150 mungkin dapat dikekalkan sehingga umur beliau 60 tahun berdasarkan kiraan simulasi. Walaubagaimanapun, bergantung kepada faktor luaran yang diluar jangkaan seperti nilai matawang, inflasi dan lain-lain lagi, mungkin akan berlaku sedikit kenaikan pada pelan ILP dalam tempoh perlindungan. Baca [sini] mengenai faktor-faktor menyebabkan kenaikan caruman takaful.

>>Medical card investment linked mampu milik klik [sini]<<

Nilai tunai juga boleh dikeluarkan jika anda benar-benar memerlukan cash namun ia tidaklah digalakkan. Anda juga boleh membuat permohonan untuk membuat payment holiday jika berlaku masalah kewangan. Perbezaan antara pelan standalone dengan ILP ini boleh dikiaskan seperti berikut. Pelan standalone adalah bersenang-senang dahulu bersakit-sakit kemudian (bayaran meningkat mengikut julat umur) manakala pelan ILP seperti bersakit-sakit dahulu (kerana bayaran permulaan tinggi sedikit) dan bersenang-senang kemudian (kerana ada nilai tunai yang boleh menstabilkan bayaran).

Jika anda kurang faham dengan penerangan di atas, anda boleh terus ke aplikasi whatsapp saya di [sini]. Saya akan memberi khidmat nasihat secara personal kepada anda. Selamat bertakaful.

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Like this:

Like Loading...
Share this on WhatsApp

Filed Under: Takaful Tagged With: investment linked plan, medical card rider, medical card standalone, zurich takaful

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

IKLAN

E-mail Newsletter

  • Facebook
  • GitHub
  • Instagram
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

More to See

Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!

28th January 2024 By azizulwmc

Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )

23rd January 2024 By azizulwmc

Footer

Text Widget

This is an example of a text widget which can be used to describe a particular service. You can also use other widgets in this location.

Examples of widgets that can be placed here in the footer are a calendar, latest tweets, recent comments, recent posts, search form, tag cloud or more.

Sample Link.

Recent

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti
  • Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!
  • Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )
  • Kenali Jenis-Jenis Buah Durian dan Ciri-cirinya – Mesti Baca
  • Iklan Jawatan Kosong di JAIS – Tarikh Tutup 25 Feb 2020

Search

Tags

Apple airdrop Astro Go Shop beli barang di Go Shop Biasiswa kerajaan Jepun cancer cancercare diskaun 20% durian ejen takaful gambar raya gantian gaji gantian pendapatan Go Shop jawatan kosong jawatan kosong JAIS jawatan kosong kerajaan jawatan kosong petronas kad kesihatan kad perubatan kedai aksesori telefon ustaz kedai ustaz kedai ustaz pkns kepentingan takaful konsultan takaful kos perubatan liga perdana inggeris mampu milik medica 2015 medica2015 medica 2016 medical card medical card murah medical card standalone medical card zurich takaful musang king pusat pakar UKM scammer Shimono vacuum cleaner takaful takafulink takaful medical card tom yam best ukm kesihatan zurich takaful zurich takaful cancercare

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d