Jika anda membuat kaji selidik sebelum anda membuat keputusan untuk mencarum dalam takaful, pasti anda akan terjumpa dengan terma “deductible”. Contohnya pelan takaful dengan “deductible” RM300. Pasti pernah bukan. Jadi apakah yang dimaksudkan dengan “deductible” ini?
“Deductible” bermaksud sejumlah amaun wang poket yang perlu dibayar sebelum syarikat takaful/insurance membuat apa-apa bayaran. Ianya adalah satu terma yang digunapakai untuk mengelakkan tuntutan yang terlalu banyak dengan menghadkan kepada tuntutan yang betul-betul perlu dan jelas memerlukan kos yang besar. Dengan bayaran “deductible” oleh peserta, pihak insuran/takaful dapat membayar amaun sedikit kurang dengan kadar tuntutan yang kurang kerap. Kesannya, pihak insuran/takaful dapat menawarkan kadar caruman yang lebih rendah seperti yang dimahukan oleh kebanyakan orang. Ia menghasilkan keadaan situasi menang-menang antara syarikat takaful dengan pelanggan. Lihat contoh kadar caruman dengan dan tanpa “deductible” oleh satu syarikat takaful.
Sebagai contoh dari gambar di atas, pelan tanpa “deductible” bagi orang yang dilindungi berumur 0 tahun adalah RM3561 manakala pelan dengan “deductible” RM300 adalah RM2967. Bayaran tahunan berbeza sebanyak RM594 di antara 2 polisi tersebut. Ini yang dimaksudkan situasi menang-menang antara pengendali takaful dan juga peserta.
>>Medical card mampu milik tanpa “ko-takaful”, “deductible” klik [sini]<<
Jika anda tidak mahu mengeluarkan wang untuk bayaran “deductible”, anda boleh mencari produk yang tanpa “deductible”. Bagi Zurich Takaful, tiada produk yang mengenakan bayaran “deductible” setakat ini. Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Zurich takaful, klik [sini] untuk terus ke aplikasi WhatsApp saya. Saya akan berikan khidmat nasihat percuma untuk anda.
Leave a Reply