• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About Us

azizulwmc.com

Live, Plan & Protect

Peraturan Baru BNM Berkenaan Takaful Bermula 1 Julai 2019

10th July 2019 by azizulwmc Leave a Comment

Share this on WhatsApp


Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan garis panduan atau peraturan baru untuk pengendali takaful bermula 1 Julai 2019. Ramai yang mengatakan caruman takaful untuk mereka yang memohon selepas 1 Julai 2019 menjadi lebih mahal dengan bermulanya peraturan baru ini. Namun benarkah ianya menjadi lebih mahal? Mari saya huraikan lebih lanjut.


Bermula 1 Julai 2019, untuk mengelakkan dari ketidakcukupan dana atau insufficient fund, BNM telah mengarahkan penjualan polisi takaful membuatkan simulasi dan pendedahan untuk klausa ketidakcukupan dana pada masa hadapan. Ini kerana caj tabarru’ meningkat setiap tahun selari dengan peningkatan risiko peserta (rujuk garisan berbentuk eksponen pada graf di atas). Sijil atau polisi takaful berkenaan pelaburan adalah sentiasa bergantung satu sama lain dengan caruman dan nilai pelaburan yang dimasukkan ke akaun peserta takaful sebagai nilai tunai atau cash value. Sebagai contoh, Ahmad mengambil pelan takaful dengan caruman RM150 sebulan pada umur 25 tahun untuk jangkamasa sehingga umurnya 80 tahun. Apabila simulasi dijalankan, ketidakcukupan dana berlaku pada umur 70 tahun. Bila ketidakcukupan dana berlaku, akan berlaku risiko dimana polisi takaful akan lapse dan peserta tidak dapat menggunakan manfaat takaful itu lagi dan lagi syarikat takaful akan menaikkan caruman bulanan mengikut perkiraan yang munasabah menyebabkan komitmen meningkat. Bayangkan jika syarikat takaful menawarkan perlindungan sehingga umur 100 tahun. Berapakah bayaran yang perlu dibayar jika berlaku ketidakcukupan dana? Sebagai contoh, Zurich Takaful hanya menawarkan perlindungan maksima 80 tahun sahaja untuk semua produk untuk tidak membebankan peserta takaful mereka.

>>Lihat ulasan di Berita Harian berkenaan polisi berkaitan pelaburan di [sini]<<

Ada syarikat yang menawarkan perlindungan sehingga 100 tahun untuk menarik pelanggan menyertai mereka. Tapi sedarkah mereka tentang bayaran yang cukup tinggi nanti bila berlaku ketidakcukupan dana? Bayaran permulaan juga tinggi kerana perlu ambil kira perlindungan yang lama. Rujuk pada “syarikat A” pada graf di atas. Kenapa ianya hanya marketing gimik sahaja? Sebabnya jangka hayat penduduk Malaysia mengikut WHO hanyalah 73.2 tahun untuk lelaki dan 77.2 tahun untuk wanita. Perlukah membayar perlindungan hingga 100 tahun?


Jika sebelum ini walaupun pada simulasi berlaku ketidakcukupan dana, jualan masih dibenarkan. Namun dengan peraturan baru ini, ketidakcukupan dana adalah tidak dibenarkan dan ini adalah untuk kebaikan para peserta demi memastikan mereka sentiasa mempunyai perlindungan takaful bila diperlukan.

>>Medical card mampu milik tanpa ko-takaful, deductible klik [sini]<<

Jika anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan takaful, saya sedia membantu anda untuk dapatkan pelan yang terbaik yang sesuai dengan keadaan atau bajet anda. Inbox saya atau klik [sini] untuk ke terus aplikasi whatsapp saya. Mohonlah takaful anda sebelum terlambat.

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Like this:

Like Loading...
Share this on WhatsApp

Filed Under: Takaful Tagged With: investment linked policy, takaful berkaitan pelaburan, takafulink, zurich takaful

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

IKLAN

E-mail Newsletter

  • Facebook
  • GitHub
  • Instagram
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

More to See

Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!

28th January 2024 By azizulwmc

Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )

23rd January 2024 By azizulwmc

Footer

Text Widget

This is an example of a text widget which can be used to describe a particular service. You can also use other widgets in this location.

Examples of widgets that can be placed here in the footer are a calendar, latest tweets, recent comments, recent posts, search form, tag cloud or more.

Sample Link.

Recent

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti
  • Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!
  • Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )
  • Kenali Jenis-Jenis Buah Durian dan Ciri-cirinya – Mesti Baca
  • Iklan Jawatan Kosong di JAIS – Tarikh Tutup 25 Feb 2020

Search

Tags

Apple airdrop Astro Go Shop beli barang di Go Shop Biasiswa kerajaan Jepun cancer cancercare diskaun 20% durian ejen takaful gambar raya gantian gaji gantian pendapatan Go Shop jawatan kosong jawatan kosong JAIS jawatan kosong kerajaan jawatan kosong petronas kad kesihatan kad perubatan kedai aksesori telefon ustaz kedai ustaz kedai ustaz pkns kepentingan takaful konsultan takaful kos perubatan liga perdana inggeris mampu milik medica 2015 medica2015 medica 2016 medical card medical card murah medical card standalone medical card zurich takaful musang king pusat pakar UKM scammer Shimono vacuum cleaner takaful takafulink takaful medical card tom yam best ukm kesihatan zurich takaful zurich takaful cancercare

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d