• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About Us

azizulwmc.com

Live, Plan & Protect

Faktor-Faktor Kenaikan Kos Perubatan

5th February 2019 by azizulwmc Leave a Comment

Share this on WhatsApp


Kenaikan kos rawatan perubatan sejak kebelakangan ini amat membimbangkan dan negara kita Malaysia juga tidak terkecuali. Malaysia antara negara yang tertinggi dalam mengalami kenaikan kos rawatan perubatan di antara negara-negara asia. Ini menyebabkan ada syarikat insuran dan takaful telahpun menaikkan kadar caruman plan perubatan mereka untuk kekal relevan dalam memberikan khidmat rawatan kesihatan yang baik kepada para peserta atau pencarum mereka. Sekarang mari kita bincangkan mengapa kos rawatan meningkat dari tahun ke tahun.


Umum mengetahui faktor inflasi merupakan faktor utama dalam kenaikan kos. Gambar di atas memberikan contoh inflasi dengan membandingkan harga ayam goreng KFC pada tahun 2008 dan 2018. Kenaikan harga hampir 100%. Begitu juga yang berlaku kepada harga peralatan, ubat-ubatan dan perkhidmatan dalam bidang perubatan. Semuanya tidak terkecuali dari inflasi.


Inflasi juga menurunkan kuasa beli. Jika dulu dengan RM1 anda boleh membeli mee goreng dengan air jus, sekarang dengan RM1 yang sama anda tak mungkin dapat membelinya lagi. Penurunan nilai matawang ringgit juga menambah kepada penurunan kuasa beli di mana kebanyakan peralatan dan ubat-ubatan adalah diimport dari luar negara.


Seterusnya adalah faktor kemajuan teknologi. Lihat pada rajah di atas. Jika 10 tahun dulu, kebanyakan kerja dilakukan secara manual dan melibatkan pergerakan badan yang banyak. Badan menjadi sihat. Namun kini dengan kemajuan teknologi, kerja yang memerlukan pergerakan anggota badan berkurang dan menyebabkan ramai yang terlebih berat badan seterusnya terdedah kepada pelbagai penyakit. Begitu juga dengan peralatan rawatan perubatan. Jika dahulu doktor hanya menggunakan x-ray untuk melihat keadaan dalaman, kini terdapat mesin yang lebih canggih seperti MRI dan CT scan yang memberikan penyiasatan lebih baik. Sudah tentu harganya juga mahal.


Jadi, faktor kenaikan harga atau inflasi dalam sektor perubatan boleh disimpulkan dalam gambarajah di atas. Sekarang, ramai orang yang mempunyai tahap kesihatan yang kurang baik dan jatuh sakit. Ini menyebabkan permintaan untuk hospital bertambah seterusnya menggalakkan pelaburan oleh pihak swasta untuk fasiliti kesihatan. Hospital ini menggunakan teknologi yang terkini dan sedia maklum harganya juga tinggi. Selain itu, faktor harga ubat dan peralatan diambil kira seperti yang diterangkan di atas. Ini semua membolehkan pesakit menerima perkhidamatan rawatan yang terbaik. Cuma yang menjadi persoalan, siapakah yang perlu menanggung kenaikan ini?


Jawapannya sudahpun diketahui iaitu syarikat insuran atau takaful. Mengikut data, syarikat insuran/takaful telah membayar tuntutan lebih daripada caruman yang diterima mereka. Sebagai contoh, tahun 2018 purata tuntutan adalah RM130 dan purata caruman hanya RM100. Dan inflasi juga dianggarkan bakal meningkat sehingga 57% dalam masa terdekat. Ini menyebabkan dana tidak mencukupi seterusnya berkemungkinan menyebabkan syarikat tidak dapat memberikan perkhidmatan yang baik. Jadi perlu ada penyelesaian menang-menang antara syarikat takaful, peserta dan juga penyedia perkhidmatan kesihatan.

Medical card standalone seperti medica2015 Zurich Takaful amat terjejas dengan kenaikan kos dan pihak syarikat telahpun membuat keputusan untuk menaikkan harga bagi mengimbangi kenaikan kos perubatan dan untuk kekal kompetitif dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk peserta. Bukan sahaja Zurich Takaful, syarikat yang mempunyai plan standalone juga telah terlebih dahulu menaikkan harga.

Plan standalone medical card amat popular kerana harganya yang rendah. Bayangkan dengan hanya RM50 sebulan, peserta sudah boleh masuk hospital swasta dengan bil beribu-ribu. Namun tetap ada pro dan kontra. Kontranya adalah dana tabungnya tidak stabil kerana tidak dilaburkan semula berbanding dengan medical card rider. Medical rider mempunyai dana yang stabil kerana dilaburkan dan jarang mengalami kenaikan yang mendadak. Kenapa masih ada kalau tak stabil? jawapannya sebab ada permintaan kerana murah dan mudah.

Pelanggan medical card standalone sedia ada telah ditawarkan penukaran kepada plan medical card rider dengan manfaat yang lebih baik dengan bayaran yang hampir sama dengan pasca kenaikan atau lebih murah tanpa perlu melakukan pemeriksaan perubatan. Biasanya bila seseorang ingin menaikkan had tahunan, mereka akan dikenakan pemeriksaan kesihatan atau sekurang-kurangnya membuat pengakuan kesihatan (health declaration). Namun, syarat ini tidak digunapakai untuk tawaran ini. Antara manfaat medical card rider adalah manfaat kematian dan lumpuh, kenaikan had tahunan, had bilik ICU, had pendapat doktor pakar kedua dan juga nilai tunai (bayaran tidak hangus semuanya). Pelanggan perlu berhubung dengan agen masing- masing untuk proses penukaran plan ini. Ianya amat mudah dan boleh dilakukan secara online.

Medical card merupakan plan yang sensitif di mana terdapat tempoh menunggi tertentu untuk penyakit tertentu. Ia mempunyai ‘contestible period’ yang mana syarikat masih berhak menyiasat untuk kes penyakit berat seperti jantung atau kanser.Jadi, amatlah rugi jika disebabkan kenaikan harga, anda berhenti mencarum medical card dan bila berlaku sakit, anda juga yang akan mengalami kerugian.

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Like this:

Like Loading...
Share this on WhatsApp

Filed Under: Takaful Tagged With: inflasi kos perubatan, kenaikan kos perubatan, medica 2015, medica 2016, standalone vs rider

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

IKLAN

E-mail Newsletter

  • Facebook
  • GitHub
  • Instagram
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

More to See

Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!

28th January 2024 By azizulwmc

Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )

23rd January 2024 By azizulwmc

Footer

Text Widget

This is an example of a text widget which can be used to describe a particular service. You can also use other widgets in this location.

Examples of widgets that can be placed here in the footer are a calendar, latest tweets, recent comments, recent posts, search form, tag cloud or more.

Sample Link.

Recent

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti
  • Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!
  • Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )
  • Kenali Jenis-Jenis Buah Durian dan Ciri-cirinya – Mesti Baca
  • Iklan Jawatan Kosong di JAIS – Tarikh Tutup 25 Feb 2020

Search

Tags

Apple airdrop Astro Go Shop beli barang di Go Shop Biasiswa kerajaan Jepun cancer cancercare diskaun 20% durian ejen takaful gambar raya gantian gaji gantian pendapatan Go Shop jawatan kosong jawatan kosong JAIS jawatan kosong kerajaan jawatan kosong petronas kad kesihatan kad perubatan kedai aksesori telefon ustaz kedai ustaz kedai ustaz pkns kepentingan takaful konsultan takaful kos perubatan liga perdana inggeris mampu milik medica 2015 medica2015 medica 2016 medical card medical card murah medical card standalone medical card zurich takaful musang king pusat pakar UKM scammer Shimono vacuum cleaner takaful takafulink takaful medical card tom yam best ukm kesihatan zurich takaful zurich takaful cancercare

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d