Ingin menyambung pelajaran dan terus bekerja di negara Jepun? Ini ada satu peluang baik di mana kerajaan negeri Toyama di Jepun melalui kedutaan Jepun di Malaysia menawarkan biasiswa kepada pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di sana. Selepas tamat, mereka berpeluang untuk terus bekerja di Asahi Printing Co. Ltd., dengan syarat lulus ujian kemasukan ke syarikat. Berikut adalah infografik untuk syarat-syarat kelayakan untuk memohon program ini.
Negeri Toyama terletak di bahagian barat negara Jepun merupakan antara kawasan yang paling cantik di Jepun. Musim sejuk diliputi salji tebal. Jangan lepaskan peluang ini untuk anda dan jangan lupa untuk kongsikan post ini dengan rakan-rakan yang lain.
Leave a Reply