Body Mass Index (BMI) adalah satu pengiraan mudah untuk menentukan seseorang indvidu adalah dalam kategori kurang berat, berat normal, terlebih berat (overweight) dan berat berlebihan (obesiti). Dalam takaful, BMI diambil kira semasa permohonan kerana ada risiko tertentu, sepadan dengan dengan peranan takaful sebagai penanggung risiko.
Orang yang mempunyai berat yang kurang terdedah kepada beberapa penyakit seperti cepat penat, anemia, masalah tulang dan sebagainya. Ini akan meningkatkan risiko kepada syarikat takaful. Rujuk link [medicalnewstoday].
Bagi mereka yang mempunyai berat berlebihan atau obesiti, lebih terdedah kepada penyakit kardiovaskular, strok dengan peningkatan tekanan darah. Penyakit berisiko tinggi mendapat penyakit seperti diabetes dan buah pinggan. Rujuk link [National Institute of Health].
Jika BMI anda dikategorikan sebagai underweight / overweight, besar kemungkinan permohonan takaful anda akan:
1. Approved with loading. Sumbangan bulanan menjadi lebih mahal daripada orang lain walaupun untuk coverage yang sama.
2. Approved with exclusion. Ada beberapa benefit yang tidak boleh diambil. Contohnya medical card.
3. Postponed. Perlu tunggu dalam tempoh masa tertentu dan berusaha untuk dapatkan BMI normal. Boleh mohon semula selepas itu dengan sokongan medical examination report.
4. Declined. Tidak boleh memohon langsung.
Jadi amat penting untuk kita mengetahui tahap BMI kita dan buat tindakan pantas untuk membolehkan kita memperoleh berat badan yang ideal seperti kerap bersenam dan jaga makan. Jika anda perlukan khidmat nasihat berkenaan takaful, boleh hubungi saya di 0192757055 atau klik [sini] untuk terus ke aplikasi whatsapp.
Leave a Reply