Dalam entri sebelum ini kita telah bincangkan berkenaan fasa-fasa pengurusan kewangan dalam kehidupan dan seperti yang semua maklum, dalam setiap fasa, ada risiko yang boleh berlaku yang menyebabkan impak kewangan yang serius.Peranan takaful adalah menjamin peserta dari mengalami impak kewangan yang serius. Produk takaful yang menggabungkan kesemua fasa dalam satu pengurusan adalah TAKAFULINK.
TAKAFULINK memberi manfaat perlindungan terjamin dan simpanan pelaburan atau kata lain sebagai pusat pengurusan kewangan sehenti. Sebagai contoh, bila memerlukan belanja yang besar untuk rawatan akibat sakit atau kemalangan, takaful akan melindungi simpanan dan pelaburan peserta.
Jika anda menyimpan atau melabur dalam instrumen pelaburan biasa, jika anda sudah tidak bekerja kerana sakit kritikal atau pun hilang upaya, caruman akan terhenti namun bagi TAKAFULINK, dengan manfaat waiver atau pengecualian bayaran, caruman anda akan terus berjalan. Ini akan menjamin pelaburan anda terus bertambah.
Jadual di atas menunjukkan kelebihan mencarum dalam TAKAFULINK berbanding dengan instrumen pelaburan yang biasa. Mari kita lihat beberapa contoh manfaat TAKAFULINK mengikut keperluan individu.
Jika anda perlukan khidmat nasihat berkenaan produk TAKAFULINK yang komprehensif dan bersesuaian dengan anda, call/sms 0192757055 atau klik [sini] untuk terus ke aplikasi WhatsApp saya. Semoga artikel ini memberi manfaat untuk pengurusan kewangan kita bersama.
Leave a Reply