• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About Us

azizulwmc.com

Live, Plan & Protect

Kaedah Elakkan Penyewa Lari Bayar Bil Elektrik Rumah Sewa

24th August 2018 by azizulwmc Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Pening kepala sebab Penyewa Lama tinggalkan Rumah dengan tunggakan Bil TNB mencecah ribuan ringgit? Ini panduan untuk Tuan Rumah agar perkara ini tak berulang kembali hingga menyebabkan kerugian. Alhamdulillah sekarang pihak TNB memperkenalkan Skim Penukaran Penghuni Sementara untuk keadilan Tuan Rumah. Skim ini membolehkan nama Penyewa didaftarkan dalam Bil TNB Bulanan menggantikan nama Tuan Rumah berikutan kes yang makin kerap berlaku kini.

Prosesnya seperti berikut:

1. Pertama. Tamatkan Bil TNB atas nama Tuan Rumah.

Keperluan adalah sesalinan MyKad dan Surat Pengesahan No Akaun Bank Tuan Rumah bagi tujuan pemulangan deposit yang sedia ada oleh TNB.

2. Kedua. Tukar Bil TNB atas nama Penyewa.

Keperluan:

a. Isi Borang Penukaran Penghuni Sementara yang boleh didapati di Kios TNB. Tn Rumah boleh mohon Penyewa isi Borang berkenaan semasa proses tandatangan Surat Perjanjian Sewaan. Tn Rumah boleh mewakili Penyewa untuk tujuan hantar ke Kios TNB semula =)

b. Sesalinan MyKad Penyewa.

c. Salinan Surat Perjanjian Sewaan yang telah dimatikan setem LHDN.

d. Surat Pengesahan dan Kebenaran Tuan Rumah.

e. Jumlah deposit yang diperlukan oleh TNB. Jika perlu letak RM300.00. Tak boleh lebih atau kurang.

Melalui cara ini Penyewa juga tidak perlu membuat bayaran Cagaran Deposit yang tinggi seperti 1/2 bulan atau 1 bulan yang diamalkan di Malaysia.

3. Ketiga. No Akaun Baru TNB atas nama Penyewa.

Selepas ini semua Bil Bulanan TNB akan dialamatkan terus ke nama Penyewa.

4. Keempat. Penyewa berkenaan berpindah keluar.

a. Mohon Penyewa untuk ke Kios TNB berdekatan untuk tujuan penamatan dan proses penerimaan semula Deposit daripada TNB.

Jika ada tunggakan, mereka perlu selesaikan disebabkan ia atas nama sendiri. Tuan rumah tidak perlu mengamalkan cara lama dengan memegang Cagaran Deposit Utiliti Penyewa. Misalnya cagaran dipegang RM1k namun tunggakan bil RM8k, maka ia merugikan pihak Tn Rumah. Kes yang kerap berlaku. Melalui cara ini, nombor akaun Penyewa adalah berasingan antara Penyewa Lain dan Tuan Rumah. Jika tunggakan tidak diselesaikan oleh Penyewa Lama, TNB sendiri akan mengambil tindakan mahkamah ke atas mereka.

b. Tuan Rumah ulangi semula proses di atas untuk tujuan sewaan kepada Penyewa Baru.

Diharapkan ilmu ini dapat dimanfaatkan oleh semua Tuan Rumah agar tidak lagi dipermainkan oleh Penyewa Tidak Bertanggungjawab

Sumber: Mohd Noor Hafiz

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Like this:

Like Loading...
Share this on WhatsApp

Filed Under: Umum Tagged With: bil elektrik rumah sewa, bil TNB tertunggak, tips rumah sewa

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

IKLAN

E-mail Newsletter

  • Facebook
  • GitHub
  • Instagram
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

More to See

Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!

28th January 2024 By azizulwmc

Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )

23rd January 2024 By azizulwmc

Footer

Text Widget

This is an example of a text widget which can be used to describe a particular service. You can also use other widgets in this location.

Examples of widgets that can be placed here in the footer are a calendar, latest tweets, recent comments, recent posts, search form, tag cloud or more.

Sample Link.

Recent

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti
  • Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!
  • Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )
  • Kenali Jenis-Jenis Buah Durian dan Ciri-cirinya – Mesti Baca
  • Iklan Jawatan Kosong di JAIS – Tarikh Tutup 25 Feb 2020

Search

Tags

Apple airdrop Astro Go Shop beli barang di Go Shop Biasiswa kerajaan Jepun cancer cancercare diskaun 20% durian ejen takaful gambar raya gantian gaji gantian pendapatan Go Shop jawatan kosong jawatan kosong JAIS jawatan kosong kerajaan jawatan kosong petronas kad kesihatan kad perubatan kedai aksesori telefon ustaz kedai ustaz kedai ustaz pkns kepentingan takaful konsultan takaful kos perubatan liga perdana inggeris mampu milik medica 2015 medica2015 medica 2016 medical card medical card murah medical card standalone medical card zurich takaful musang king pusat pakar UKM scammer Shimono vacuum cleaner takaful takafulink takaful medical card tom yam best ukm kesihatan zurich takaful zurich takaful cancercare

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d