Amat jarang kita lihat aksi anggota polis wanita menguatkuasakan undang-undang. Satu video telah dikongsikan di laman sosial tentang aksi seorang anggota polis wanita di Jepun yang menahan sebuah Toyota Alphard yang melanggar undang-undang jalanraya. Di negara Jepun, menukar Lorong sewaktu sudah hampir dengan persimpangan lampu isyarat adalah satu kesalahan. Garisan kuning seperti dalam gambar di atas juga menandakan sudah tidak boleh menukar Lorong. Ini bermakna pemandu perlu lebih awal menukar lorong jika mahu melakukannya. Mungkin ini adalah satu ciri-ciri pencegahan kemalangan yang diamalkan oleh undang-undang jalanraya di Jepun.
Secara kebetulan terdapat seorang anggota polis wanita bertugas memantau lalu lintas menyedari tindakan pemandu Alphard tersebut. Lihat video bagaimana aksi anggota tersebut menahan kereta Toyota Alphard dan anda pasti tabik hormat kepada anggota tersebut.
Leave a Reply