2 tahun lepas ianya masih diperingkat perbincangan di Masjid Fukuoka kini ianya telah pun menjadi kenyataan. Ia adalah projek yang diilhamkan oleh Mr. Junya Imamura, iaitu masjid bergerak untuk digunakan pada majlis atau acara berskala besar di negara Jepun.
Berdasarkan gambar yang dikongsikan, masjid bergerak ini agak besar dan selesa untuk menampung jemaah sekitar 50-70 orang dalam satu-satu masa.
Majlis pelancaran masjid bergerak ini akan dilakukan di Stadium Toyota, di daerah Aichi pada 23hb Julai 2018. Mengikut info, mereka juga akan memasarkan ke luar negara bagi memenuhi permintaan pada acara besar seperti gambar di atas.
Leave a Reply