Bila sebut derma darah tentu ramai yang tak mahu dengar kerana mungkin rasa takut atau tidak sanggup untuk lakukan. Derma darah, selain ia adalah amalan yang amat mulia kerana membantu menyelamatkan nyawa manusia, terdapat juga faedah lain jika anda menjadi perderma darah. Satu maklumat dikongsikan dalam laman FB KKM, di mana anda layak untuk mendapat faedah rawatan di premis kerajaan mengikut kekerapan anda menderma darah. Rujuk rajah di bawah.
Mungkin ramai yang sudah kerap menderma darah namun tidak tahu berkenaan keistimewaan ini. Lepas ni mungkin lebih ramai akan menawarkan diri untuk menderma darah. Mungkin kerajaan boleh menambah manfaat lain kerana umum mengetahui bekalan darah memang amat diperlukan.
Leave a Reply