Seorang doktor telah berkongsi cerita di laman sosial Facebook tentang keadaan jantung perokok tegar bertujuan memberikan kesedaran kepada orang ramai agar lebih menghargai kesihatan dengan menjauhi rokok.
Pesakit masih muda berumur awal 40an, berat normal, menghisap rokok 20 batang sehari mengadu sakit dada dan doktor klinik mengarahkannya berjumpa pakar. Selepas menjalani pemeriksaan angiogram atau angiografi, keputusan sangat mengejutkan beliau.
Ada bahagian urat yang tidak bersambung disebabkan tersumbat. Ini yang menyebabkan darah tidak mengalir dengan lancar menyebabkan sakit dada atau simptom sakit jantung. Keadaan ini memerlukan prosedur rawatan segera kerana membahayakan nyawa.
Gambar di atas pula adalah gambar urat jantung yang normal. Semua urat dalam keadaan bersambung dalam keadaan cantik. Doktor telah menetapkan pesakit perlu untuk membuat pembedahan pintasan atau bypass surgery pada kadar yang segera.
Anda boleh rujuk post asal di [sini]
Berikut adalah sedikit info berkenaan pemeriksaan dan rawatan yang perlu dibuat jika anda mengalami tanda-tanda sakit jantung.
1. Pemeriksaan Angiografi / Angiogram
Pemeriksaan angiografi atau angiogram adalah satu kaedah untuk melihat urat keadaan semasa urat jantung (rujuk gambar di atas). Namun sebelum pemeriksaaan ini dibuat, biasanya doktor akan melakukan pemeriksaan ECG untuk memeriksa ritma jantung pesakit. Jika terpaksa lakukan angiografi dan hospital tidak mempunyai fasiliti, doktor akan berikan ubat cair darah sebelum berpindah ke hospital yang mempunyai fasiliti pemeriksaan.
2. Rawatan Stent Angioplasty
Rawatan ini adalah untuk membuka pembuluh darah yang tersumbat pada jantung. Cara dengan memasukkan besi stent ke tempat yang tersumbat. Besi tersebut akan mengembang untuk membuka salur darah yang tersumbat.
Rujukan: Wikipedia
3. Rawatan Pembedahan Pintasan / bypass surgery
Ini rawatan yang lebih rumit di mana doktor melakukan pintasan menggunakan urat yang diambil dari bahagian badan yang lain (biasanya kaki) untuk memyambungkan laluan darah ke urat yang bermasalah. Kos pembedahan ini juga sangat tinggi sekitar RM60-70ribu.
Rujukan: Wikipedia
Adalah amat penting untuk kita menjalani kehidupan yang sihat. Orang yang tidak merokok juga tidak bererti bebas dari masalah ini tapi jika tidak jaga pemakanan, malas bersenam, berat badan berlebihan, anda juga berpotensi untuk mengalami masalah yang serupa. Beringat sebelum terjadi dan sentiasa membuat persediaan dari segi kewangan kerana umum mengetahui kos rawatan berkenaan jantung adalah sangat mahal.
Leave a Reply