• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About Us

azizulwmc.com

Live, Plan & Protect

Takaful SureCover: Takaful Untuk Orang Yang Sudah Berpenyakit

2nd June 2018 by azizulwmc Leave a Comment

Share this on WhatsApp


Selama ini kita sering dengar takaful adalah untuk yang mereka yang belum punyai penyakit sahaja. Kini mereka yang sudah mempunyai tidak kira apa jua penyakit boleh mendapatkan perlindungan takaful dengan kelulusan yang DIJAMIN. Takaful SureCover dari Zurich Takaful adalah satu-satunya pelan takaful yang memberikan kelebihan ini. Ia merupakan pelan hibah dan bukannya perubatan.


Umur kemasukan bermula dari 35 tahun hingga 80 tahun dan manfaat perlindungan sehingga 90 tahun. Gambar di atas menunjukkan manfaat sepintas lalu takaful SureCover dengan caruman serendah RM75 sebulan dan bayaran caruman ini kekal tidak berubah sehingga sijil matang. Jika berlaku kematian akibat kemalangan, bayaran hibah akan digandakan sehingga 500% dari jumlah perlindungan asas.

Jika kematian berlaku dalam masa 2 tahun dari tarikh permulaan sijil, semua caruman akan dikembalikan. Contohnya RM75x18bulan=RM1350 akan dikembalikan kepada peserta. Jika berlaku selepas 2 tahun dari tarikh permulaan sijil, jumlah perlindungan asas akan dibayar bersama dengan nilai semasa Akaun Pelaburan Peserta.

Jika tiada berlaku kematian dan sijil berkuatkuasa sehingga tarikh matang, Peserta akan memperoleh bayaran dari jumlah nilai dalam Akaun Pelaburan Peserta. Jika kematian berlaku di luar negara, terdapat manfaat pembayaran untuk kos penghantaran pulang sehingga RM3000.


Jadual di atas menunjukkan jumlah perlindungan asas berdasarkan 1 unit takaful SureCover (RM75/bulan) mengikut umur kemasukan. Jika peserta menyertai dengan lebih dari satu, contohnya pada umur 35 tahun, dengan penyertaan sebanyak 2 unit, layak menerima perlindungan sehingga RM66,000. Gambar berikutnya menunjukkan simulasi nilai perlindungan untuk seorang yang berusia 44 tahun.

Mengapa anda perlu mengambil peluang untuk sertai Zurich Takaful SureCover ini?

1. Cipta hibah untuk keluarga/waris agar tidak berlaku implikasi kewangan yang serius jika berlaku kematian

2. Sebagai amal jariah jika diniatkan untuk infak (untuk ibu bapa).

3. Sebagai jaminan dana pendidikan kepada anak-anak.

4. Menyediakan ganti perbelanjaan kepada kos perbelanjaan perubatan (yang dikeluarkan terlebih dahulu) – Contoh belanja perubatan untuk ibu bapa

5. Tidak perlu pemeriksaan kesihatan untuk sertai

6. Kelulusan permohonan yang dijamin

Jika anda berminat atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi, boleh sms, call 0192757055 atau terus klik [sini] untuk terus ke aplikasi WhatsApp saya. InsyaAllah saya akan membantu anda.

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Like this:

Like Loading...
Share this on WhatsApp

Filed Under: Takaful, Umum Tagged With: Takaful SureCover, takaful terbaik, Takaful untuk orang sakit, zurich takaful

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

IKLAN

E-mail Newsletter

  • Facebook
  • GitHub
  • Instagram
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

More to See

Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!

28th January 2024 By azizulwmc

Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )

23rd January 2024 By azizulwmc

Footer

Text Widget

This is an example of a text widget which can be used to describe a particular service. You can also use other widgets in this location.

Examples of widgets that can be placed here in the footer are a calendar, latest tweets, recent comments, recent posts, search form, tag cloud or more.

Sample Link.

Recent

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti
  • Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!
  • Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )
  • Kenali Jenis-Jenis Buah Durian dan Ciri-cirinya – Mesti Baca
  • Iklan Jawatan Kosong di JAIS – Tarikh Tutup 25 Feb 2020

Search

Tags

Apple airdrop Astro Go Shop beli barang di Go Shop Biasiswa kerajaan Jepun cancer cancercare diskaun 20% durian ejen takaful gambar raya gantian gaji gantian pendapatan Go Shop jawatan kosong jawatan kosong JAIS jawatan kosong kerajaan jawatan kosong petronas kad kesihatan kad perubatan kedai aksesori telefon ustaz kedai ustaz kedai ustaz pkns kepentingan takaful konsultan takaful kos perubatan liga perdana inggeris mampu milik medica 2015 medica2015 medica 2016 medical card medical card murah medical card standalone medical card zurich takaful musang king pusat pakar UKM scammer Shimono vacuum cleaner takaful takafulink takaful medical card tom yam best ukm kesihatan zurich takaful zurich takaful cancercare

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d