• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About Us

azizulwmc.com

Live, Plan & Protect

Takaful Untuk Mereka Yang Bekerja Sendiri

2nd April 2018 by azizulwmc Leave a Comment

Share this on WhatsApp


Berbeza dengan mereka yang bekerja dan menerima gaji bulanan, mereka yang bekerja sendiri seperti peniaga, pemandu grab, teksi, freelancer dan banyak lagi jenis pekerjaan sendiri bergantung kepada gaji harian. Pekerja yang menerima gaji bulanan, kebanyakkannya pekerja sektor awam dan syarikat swasta masih menerima gaji walaupun terpaksa MC atau diwadkan atas sebab kesihatan. Namun itu tidak berlaku kepada mereka yang bekerja sendiri. Bila mereka tidak keluat bekerja atas sebab kesihatan atau diwadkan, pendapatan mereka akan terjejas.


Ambil contoh seorang peniaga burger di pasar malam. Ali berniaga burger di pasar malam di 6 lokasi setiap minggu. Pendapatannya tidak tetap namun secara purata beliau boleh mendapat keuntungan dari RM100 hingga RM180 dalam satu pasar malam. Ini membolehkan beliau mendapat pendapatan sebanyak RM2400 hingga RM4320 sebulan. Suatu hari, disebabkan oleh demam denggi, Ali terpaksa diwadkan di hospital dan tidak dapat membuka gerainya di pasar malam mengakibatkan pendapatannya terjejas. Satu minggu beliau diwadkan menyebabkan beliau kerugian antara RM600 hingga RM1080. Itu jika Ali diwadkan selama seminggu bagaimana pula jika lebih lama contoh sebulan? Takaful memberikan mekanisma jaminan kepada musibah di atas. Sila teruskan bacaan bagaimana takaful berfungsi membantu pekerja sendiri seperti Ali.

Pelan takaful yang dimaksudkan adalah pelan takaful hibah. Pelan takaful ini memberikan perlindungan asas jika berlaku kematian dan lumpuh akibat apa jua punca. Juga terdapat manfaat tambahan lain seperti perlindungan penyakit kritikal, khairat, pelan perlindungan kemalangan, GANTIAN PENDAPATAN HARIAN dan juga mempunyai nilai tunai melalui caruman yang dilaburkan semula.

Jika Ali yang berusia 28 tahun dengan bayaran RM100 sebulan atau RM3 sehari, melalui manfaat elaun kemasukan wad atau GANTIAN PENDAPATAN HARIAN. Manfaat takaful elaun kemasukan wad sebanyak RM150 sehari akan dibayar kepada Ali. Jika Ali diwadkan selama 7 hari, maka bayaran yang akan diterima oleh Ali adalah RM1050. Ini sebagai contoh sahaja terdapat pelbagai lagi pekerjaan yang bergantung kepada gaji harian seperti grabcar, restoran, teksi, pekerja kebun dan lain-lain lagi.

P/S: Tidak semua syarikat takaful yang memberikan manfaat ini dalam pelan mereka. Sila rujuk pada ejen untuk maklumat lanjut.

Perlindungan takaful sangat bergantung kepada umur kemasukan kerana lebih tinggi umur kemasukan, lebih tinggi risikonya. Rujuk jadual di atas, perlindungan takaful semakin menurun dengan bayaran bulanan yang sama. Jadi untuk mengelakkan bayaran mahal dengan coverage yang rendah, perlulah bersegera untuk mohon takaful. Selain itu taraf kesihatan juga memainkan peranan kerana takaful biasanya tidak akan melindungi penyakit sedia ada selain permohon mereka yang mempunnyai penyakit sedia ada ditolak adalah tinggi.

Tinggikah nilai RM3 sehari untuk perlindungan takaful berbanding pendapatan harian yang boleh mencecah RM150 hingga RM200 sehari? Kita sedia maklum apabila berlaku musibah, ia akan memberikan implikasi kewangan yang serius. Saya sedia memberikan khidmat nasihat jika anda faham dan perlukan perlindungan takaful sebegini. Anda boleh hubungi saya di nombor 0192757055 atau klik [sini] untuk terus ke aplikasi whatsapp saya. Perlindungan bermula dari RM50 sahaja. Jika post ini bermanfaat, sharekan dengan rakan-rakan yang lain.

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Like this:

Like Loading...
Share this on WhatsApp

Filed Under: Takaful, Umum Tagged With: takaful kerja sendiri

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

IKLAN

E-mail Newsletter

  • Facebook
  • GitHub
  • Instagram
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

More to See

Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!

28th January 2024 By azizulwmc

Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )

23rd January 2024 By azizulwmc

Footer

Text Widget

This is an example of a text widget which can be used to describe a particular service. You can also use other widgets in this location.

Examples of widgets that can be placed here in the footer are a calendar, latest tweets, recent comments, recent posts, search form, tag cloud or more.

Sample Link.

Recent

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti
  • Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!
  • Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )
  • Kenali Jenis-Jenis Buah Durian dan Ciri-cirinya – Mesti Baca
  • Iklan Jawatan Kosong di JAIS – Tarikh Tutup 25 Feb 2020

Search

Tags

Apple airdrop Astro Go Shop beli barang di Go Shop Biasiswa kerajaan Jepun cancer cancercare diskaun 20% durian ejen takaful gambar raya gantian gaji gantian pendapatan Go Shop jawatan kosong jawatan kosong JAIS jawatan kosong kerajaan jawatan kosong petronas kad kesihatan kad perubatan kedai aksesori telefon ustaz kedai ustaz kedai ustaz pkns kepentingan takaful konsultan takaful kos perubatan liga perdana inggeris mampu milik medica 2015 medica2015 medica 2016 medical card medical card murah medical card standalone medical card zurich takaful musang king pusat pakar UKM scammer Shimono vacuum cleaner takaful takafulink takaful medical card tom yam best ukm kesihatan zurich takaful zurich takaful cancercare

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d