• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About Us

azizulwmc.com

Live, Plan & Protect

Takaful Untuk Pemandu Grabcar Dan Teksi

1st April 2018 by azizulwmc Leave a Comment

Share this on WhatsApp


Pemandu teksi atau grabcar merupakan salah satu dari jenis pekerjaan sendiri kerana ia tidak mempunyai gaji bulanan seperti kerja pejabat ataupun kilang dan lain-lain. Berbanding pekerjaan makan gaji, pendapatan pemandu teksi dan grabcar bergantung kepada trip harian. Pendapatan akan terganggu bila kereta mengalami kerosakan ataupun keadaan pemandu yang kurang sihat sehingga tidak dapat memandu. Jika waktu sihat boleh dapat RM200 – RM300 sehari, bila tidak bekerja maka tiada pendapatan pada hari tersebut. Takaful memberikan mekanisma jaminan kepada musibah di atas. Sila teruskan bacaan bagaimana takaful berfungsi membantu pemandu grabcar dan teksi.


Pelan takaful yang dimaksudkan adalah pelan takaful hibah. Pelan takaful ini memberikan perlindungan asas jika berlaku kematian dan lumpuh akibat apa jua punca. Juga terdapat manfaat tambahan lain seperti perlindungan penyakit kritikal, khairat, PERLINDUNGAN KEMALANGAN, GANTIAN PENDAPATAN HARIAN dan juga mempunyai nilai tunai melalui caruman yang dilaburkan semula. Oleh kerana pemandu Grabcar dan Teksi bergantung kepada pendapatan harian, di sini saya ingin tekankan kepada manfaat GANTIANPENDAPATAN HARIAN dan PERLINDUNGAN KEMALANGAN.


Jika pemandu terpaksa diwadkan disebabkan sakit seperti denggi, demam virus, kemalangan dan sebagainya, sepanjang tempoh kemasukan wad tersebut, takaful akan bayar elaun kemasukan wad, yang juga dalam erti kata lain menggantikan pendapatan yang hilang disebabkan tidak keluar memandu. Jika merujuk pada gambar di atas, bayaran elaun kemasukan wad sebanyak RM150 sehari. Jika anda diwadkan selama 7 hari, bayaran yang akan terima adalah RM1050.

P/S: Tidak semua syarikat takaful yang memberikan manfaat ini dalam pelan mereka. Sila rujuk pada ejen untuk info lanjut.


Manfaat perlindungan kemalangan pula membayar bayaran tambahan jika berlaku kematian atau kehilangan anggota akibat kemalangan, pampasan hilang upaya sementara, pampasan hilang upaya kekal, bayaran MC mingguan dan perbelanjaan perubatan. Pemandu grabcar dan teksi sentiasa terdedah kepada kemalangan semasa memandu.


Pelan takaful di atas adalah untuk pemandu berusia 28 tahun dengan bayaran RM100 sebulan atau RM3 sehari. Perlindungan takaful sangat bergantung kepada umur kemasukan kerana lebih tinggi umur kemasukan, lebih tinggi risikonya. Rujuk jadual di atas, perlindungan takaful semakin menurun dengan bayaran bulanan yang sama. Jadi untuk mengelakkan bayaran mahal dengan coverage yang rendah, perlulah bersegera untuk mohon takaful. Selain itu taraf kesihatan juga memainkan peranan kerana takaful biasanya tidak akan melindungi penyakit sedia ada selain permohon mereka yang mempunnyai penyakit sedia ada ditolak adalah tinggi.

Tinggikah nilai RM3 sehari untuk perlindungan takaful berbanding pendapatan harian pemandu yang boleh mencecah RM200 hingga RM300 sehari? Kita sedia maklum apabila berlaku musibah, ia akan memberikan implikasi kewangan yang serius. Saya sedia memberikan khidmat nasihat jika anda faham dan perlukan perlindungan takaful sebegini. Anda boleh hubungi saya di nombor 0192757055 atau klik [sini] untuk terus ke aplikasi whatsapp saya. Perlindungan bermula dari RM50 sahaja. Jika post ini bermanfaat, sharekan dengan rakan-rakan yang lain.

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Like this:

Like Loading...
Share this on WhatsApp

Filed Under: Takaful, Umum Tagged With: takaful untuk grabcar

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

IKLAN

E-mail Newsletter

  • Facebook
  • GitHub
  • Instagram
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

More to See

Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!

28th January 2024 By azizulwmc

Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )

23rd January 2024 By azizulwmc

Footer

Text Widget

This is an example of a text widget which can be used to describe a particular service. You can also use other widgets in this location.

Examples of widgets that can be placed here in the footer are a calendar, latest tweets, recent comments, recent posts, search form, tag cloud or more.

Sample Link.

Recent

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti
  • Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!
  • Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )
  • Kenali Jenis-Jenis Buah Durian dan Ciri-cirinya – Mesti Baca
  • Iklan Jawatan Kosong di JAIS – Tarikh Tutup 25 Feb 2020

Search

Tags

Apple airdrop Astro Go Shop beli barang di Go Shop Biasiswa kerajaan Jepun cancer cancercare diskaun 20% durian ejen takaful gambar raya gantian gaji gantian pendapatan Go Shop jawatan kosong jawatan kosong JAIS jawatan kosong kerajaan jawatan kosong petronas kad kesihatan kad perubatan kedai aksesori telefon ustaz kedai ustaz kedai ustaz pkns kepentingan takaful konsultan takaful kos perubatan liga perdana inggeris mampu milik medica 2015 medica2015 medica 2016 medical card medical card murah medical card standalone medical card zurich takaful musang king pusat pakar UKM scammer Shimono vacuum cleaner takaful takafulink takaful medical card tom yam best ukm kesihatan zurich takaful zurich takaful cancercare

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d