• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About Us

azizulwmc.com

Live, Plan & Protect

Medan Ikan Bakar Alai, Melaka

11th February 2018 by azizulwmc Leave a Comment

Share this on WhatsApp


Negeri Melaka memang terkenal pelancongan dan begitu juga tempat menjamu selera. Tempat makan ikan bakar juga banyak dan harganya amat berpatutan. Antara tempat makan ikan bakar yang agak popular ialah medan ikan bakar yang terletak di Kampung Alai, 15minit perjalanan dari Bandar Melaka.


Gambar di atas menunjukkan lokasi tempat makan ikan bakar Alai. Jika anda menggunakan aplikasi GPS seperti Waze, buat carian ikan bakar Alai pasti anda akan menjumpainya.


Medan ikan bakar ini sentiasa ramai orang lebih-lebih lagi bila hujung minggu kerana bukan sahaja orang tempatan, pelancong-pelancong juga ramai datang untuk merasai masakan ikan bakar.


Pelbagai jenis ikan, udang dan makanan laut seperti ketam, kepah,lala, sotong, udang besar, siakap, merah, kembung, caru, pari boleh didapati mengikut pilihan anda. Semuanya sangat segar. Harganya pula siap dengan harga masakan.


Anda boleh memilih masakan samada bakar, 3 rasa, sweet sour, goreng tepung, masak butter dan banyak lagi pilihan. Selepas timbang ikan, anda boleh beritahu untuk masak apa untuk makanan laut yang anda pilih. Pada malam itu admin memilih untuk sotong, ketam, pahat, pari dan siakap.


Masakan yang dipilih adalah sotong goreng tepung, ketam masak butter, siakap 3 rasa, pahat masak pedas dan pari bakar. Minuman yang dipesan pula adalah jus tembikai 2 jag besar.


Makanan siap dimasak dan dihidang. Masa menunggu tidaklah terlalu lama dan boleh dikatakan cepat. Alhamdulillah rasa masakannya juga sedap dan terbaik. Order cukup-cukup sahaja untuk mengelakkan pembaziran.


Bil lebih kurang RM200 untuk 9 orang makan atau lebih kurang rm22 seorang sama seperti makan fast food beramai-ramai. Tapi di medan ikan bakar ini anda dapat makan makanan yang segar dan baru di masak tanpa bahan pengawet dan kimia.Selamat mencuba dan kongsikan post ini jika membantu.

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Like this:

Like Loading...
Share this on WhatsApp

Filed Under: Jalan Jalan Cari Makan, Umum Tagged With: crystal bay, haji musa ikan bakar, ikan bakar murah, medan ikan bakar, medan ikan bakar alai, melaka

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

IKLAN

E-mail Newsletter

  • Facebook
  • GitHub
  • Instagram
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

More to See

Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!

28th January 2024 By azizulwmc

Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )

23rd January 2024 By azizulwmc

Footer

Text Widget

This is an example of a text widget which can be used to describe a particular service. You can also use other widgets in this location.

Examples of widgets that can be placed here in the footer are a calendar, latest tweets, recent comments, recent posts, search form, tag cloud or more.

Sample Link.

Recent

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti
  • Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!
  • Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )
  • Kenali Jenis-Jenis Buah Durian dan Ciri-cirinya – Mesti Baca
  • Iklan Jawatan Kosong di JAIS – Tarikh Tutup 25 Feb 2020

Search

Tags

Apple airdrop Astro Go Shop beli barang di Go Shop Biasiswa kerajaan Jepun cancer cancercare diskaun 20% durian ejen takaful gambar raya gantian gaji gantian pendapatan Go Shop jawatan kosong jawatan kosong JAIS jawatan kosong kerajaan jawatan kosong petronas kad kesihatan kad perubatan kedai aksesori telefon ustaz kedai ustaz kedai ustaz pkns kepentingan takaful konsultan takaful kos perubatan liga perdana inggeris mampu milik medica 2015 medica2015 medica 2016 medical card medical card murah medical card standalone medical card zurich takaful musang king pusat pakar UKM scammer Shimono vacuum cleaner takaful takafulink takaful medical card tom yam best ukm kesihatan zurich takaful zurich takaful cancercare

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d