Model Myvi Generasi ke 3 atau Myvi serba baru yang ditunggu-tunggu kini telah tiba di bilik pameran Perodua sebelum pelancaran rasminya esok. Seperti gambar yang tertiris sebelum ini, rekaan Myvi baru ini memang cukup menarik perhatian. Rekaan Myvi baru ini sudah tidak lagi mempunyai persamaan dengan model Daihatsu Boon seperti model-model sebelum ini. Ini agak menyukarkan peminat-peminat kereta JDM untuk membuat modifikasi namun baik untuk menaikkan imej Perodua ke aras yang lebih tinggi.
Rekaan bahagian belakangnya juga lebih menarik. Nampak ada juga mirip rekaan Honda Jazz. Antenanya menggunakan jenis sirip yu, berbeza dari model sebelumnya yang menggunakan antena ekor tebuan.
Bahagian interiornya juga terdapat perubahan besar walaupun agak mirip dengan model Honda City. Head Unitnya sedikit serong ke arah pemandu untuk memudahkan kawalan sewaktu pemanduan. Untuk info lebih lanjut, sila kunjungi pusat pameran Perodua berdekatan.
Leave a Reply