Sumber dari FB mengatakan satu kejadian pembelian menggunakan wang palsu telah berlaku di Matang Mall, Kuching Sarawak. Tiada maklumat lanjut berkenaan jenis urusan jual beli, namun para peniaga perlu berhati-hati sewaktu urusniaga agar tidak tertipu dengan wang palsu.
Berikut adalah gambar adalah gambar-gambar wang palsu untuk rujukan orang ramai. Pastikan anda memeriksa wang anda semasa jual beli dan laporkan kepada pihak berkuasa jika anda nampak sebarang urusan yang mencurigakan.
Ianya tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti bayang-bayang gabenor dan ada yang tertera photocopy pada wang kertas berkenaan. Awas jangan terpedaya dengan penipuan sebegini. Kongsikan dengan rakan-rakan lain jika bermanfaat.
Leave a Reply