• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About Us

azizulwmc.com

Live, Plan & Protect

Pengalaman Pertama Kali Guna Medical Card di Hospital Swasta

24th September 2017 by azizulwmc Leave a Comment

Share this on WhatsApp


Salam semua. Dalam blog entri kali ini saya ingin berkongsi pengalaman klien saya yang pertama kali menggunakan medical card untuk rawatan di hospital swasta. Beliau menerima rawatan selama 9 hari di hospital KPJ Kajang. Klien merupakan seorang kakitangan awam dan tinggal di Putrajaya. Klien ini baru ambil medical card dengan saya pada bulan Januari 2017.

Kisah ini berlaku pada bulan Ramadhan lalu iaitu bulan Jun 2017, 5 bulan setelah medical card beliau aktif. Mula-mula demam biasa dan setelah 2-3 hari demam tidak berkurang, beliau pergi ke Klinik Kesihatan untuk membuat pemeriksaan darah. Keputusannya negatif untuk denggi dan lain- lain jenis demam virus. Dapat ubat demam. Kebetulan plan nak balik kampung. Dalam demam digagahkan juga untuk balik kampung. Di kampung keadaan menjadi semakin serius dengan demam dan ruam pada muka. Pergi ke kaunter emergency di hospital dan buat pemeriksaan darah semula. Namun keputusan masih negatif. Pulang ke Putrajaya sekali lagi buat pemeriksaan darah namun begitu keputusannya juga negatif.


Setelah demam hampir seminggu saya pun menasihatkan beliau untuk ke KPJ Kajang untuk berjumpa dengan pakar. Sampai di pendaftaran, pihak hospital bertanya samada untuk bayar sendiri atau menggunakan takaful, beliau menunjukkan medical card Zurich Takaful dan pihak hospital membuat urusan selanjutnya iaitu proses permohonan GL. Alhamdulillah GL beliau diluluskan dalam masa kurang sejam. Beliau membayar deposit RM300 (deposit dipulangkan semula) dan dibawa ke wad. Klik sini –>[kenapa hospital ambil deposit]

Setelah GL diluluskan, doktor terus mencadangkan untuk membuat pemeriksaan terperinci iaitu sampel darah, MRI dan CT Scan untuk mengetahui punca demam yang tidak berkurang lebih seminggu. Alhamdulillah setelah 2-3 kali doktor membuat pemeriksaan, doktor merumuskan masalah beliau adalah dari komplikasi hati. Bacaan normal adalah 50pt dan hari itu bacaan untuk beliau adalah 500pt! Doktor pun memberikan rawatan yang sesuai kepada beliau dan alhamdulillah keadaan semakin pulih hari demi hari.


Alhamdulillah setelah 9 hari berada dalam wad, beliau diboleh untuk pulang. Pihak hospital membuat urusan daftar keluar dan membuat bil. Jumlah keseluruhan bil adalah RM9,656.95 dan kesemuanya dibayarkan oleh Zurich Takaful. Beliau cuma membayar RM12.72 kos pengurusan yang ditolak dari deposit yang dibayar pada awal kemasukan wad sebelumnya.


Setelah itu, pemeriksaan susulan atau follow up juga dibayar oleh Zurich Takaful secara bayar dulu dan tuntut atau pay n claim. Bil rawatan susulan yang dibayar terus dimasukkan ke dalam akaun bank beliau sebaik sahaja diluluskan.


Kisah yang saya kongsikan di sini bukan bertujuan untuk memperkecilkan hospital atau klinik kerajaan kerana kadang-kadang diagnosis penyakit juga bergantung kepada doktor yang merawat. Dengan mempunyai medical card, anda mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta untuk yang mungkin membolehkan anda memendekkan masa menunggu untuk membuat pemeriksaan doktor pakar. Musibah seperti kemalangan atau penyakit datang tanpa kita minta namun apa yang boleh kita lakukan adalah membuat persediaan dengan memastikan kita mempunya perlindungan takaful. Lihat entri –> [doktor kerajaan saran ambil takaful]


Hakikat hari ni setiap hari kita dihadapkan dengan cerita sedih berkenaan kemalangan dan sakit yang menyebabkan hilang punca pendapatan atau memerlukan kos perubatan yang besar namun apa reaksi masyarakat di alam maya? Mereka hanya menekan emocticon sedih yang menggambarkan rasa simpati, yang nyata sangat sedikit yang menghulurkan bantuan kewangan. Di sini anda akan mempunyai jaminan kewangan jika anda mempunyai caruman takaful. Semua bil-bil anda akan diselesaikan sehingga anda pulih semula. 


Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai medical card tanpa had seumur hidup dengan diskaun 20% di sini –> [Medical Card Diskaun 20%]. 

Saya sedia membantu anda untuk memberikan khidmat nasihat berkenaan takaful secara terperinci dengan call 0192757055 atau terus klik –> [sini] jntuk terus ke aplikasi whatsapp saya. 

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Like this:

Like Loading...
Share this on WhatsApp

Filed Under: Medical Card, Takaful, Testimoni Tagged With: guarantee letter, medica 2015, medical card, pengalaman guna mendical card, zurich takaful

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

IKLAN

E-mail Newsletter

  • Facebook
  • GitHub
  • Instagram
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

More to See

Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!

28th January 2024 By azizulwmc

Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )

23rd January 2024 By azizulwmc

Footer

Text Widget

This is an example of a text widget which can be used to describe a particular service. You can also use other widgets in this location.

Examples of widgets that can be placed here in the footer are a calendar, latest tweets, recent comments, recent posts, search form, tag cloud or more.

Sample Link.

Recent

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti
  • Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!
  • Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )
  • Kenali Jenis-Jenis Buah Durian dan Ciri-cirinya – Mesti Baca
  • Iklan Jawatan Kosong di JAIS – Tarikh Tutup 25 Feb 2020

Search

Tags

Apple airdrop Astro Go Shop beli barang di Go Shop Biasiswa kerajaan Jepun cancer cancercare diskaun 20% durian ejen takaful gambar raya gantian gaji gantian pendapatan Go Shop jawatan kosong jawatan kosong JAIS jawatan kosong kerajaan jawatan kosong petronas kad kesihatan kad perubatan kedai aksesori telefon ustaz kedai ustaz kedai ustaz pkns kepentingan takaful konsultan takaful kos perubatan liga perdana inggeris mampu milik medica 2015 medica2015 medica 2016 medical card medical card murah medical card standalone medical card zurich takaful musang king pusat pakar UKM scammer Shimono vacuum cleaner takaful takafulink takaful medical card tom yam best ukm kesihatan zurich takaful zurich takaful cancercare

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d