• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About Us

azizulwmc.com

Live, Plan & Protect

10 Langkah Untuk Menukar Kerjaya Makan Gaji Kepada Bekerja Sendiri

11th September 2017 by azizulwmc Leave a Comment

Share this on WhatsApp


Ramai yang ingin menukar kerjaya dari makan gaji kepada kerja sendiri kerana mahukan masa yang lebih fleksibel dan kurang tekanan walaupun mungkin kerja sendiri agak berbeza cabarannya dan jenis tekanannya, namun sudah pasti masa lebih mudah diurus. Kerja sendiri biasanya adalah berniaga samada barangan, perkhidmatan, penasihat kewangan dan sebagainya. Juga pekerjaan freelance.

Namun yang menyukarkan anda beralih kerjaya tentunya adalah HUTANG. Maklumlah kerja sendiri takut income tak stabil. Berikut adalah tips untuk anda melakukan transformasi

1. Tetapkan hala tuju, jenis pekerjaan sendiri yang akan diceburi.
– Ini adalah perkara terpenting. Sebabnya, pekerjaan ini yang akan menggantikan kerja anda sekarang. Buat secara berperingkat sehingga pendapatan anda menjadi stabil.

2. Buat perancangan dengan teliti dengan garis masa beserta target yang hendak dicapai.
– Setelah jenis pekerjaan dan hala tuju ditetapkan, anda perlu buat perancangan untuk jangkamasa panjang 3,5,7 tahun dan perlu ada target yang jelas untuk dicapai.

3. JANGAN buat hutang buruk (bad debt) baru.
– Biasanya apabila mula-mula kerja makan gaji, atau mahu mulakan kehidupan, kita akan buat pinjaman atau hutang pada bank untuk rumah dan kereta. Rumah adalah good debt kerana nilai semakin bertambah tetapi kereta adalah bad debt kerana susut nilai. Jangan membuat pinjaman kenderaan baru sebaliknya jagalah kereta sedia ada dengan baik agar boleh dipakai untuk jangkamasa yang lama. Kurang hutang lebih mudah untuk anda bekerja sendiri.

4. Kurangkan perbelanjaan gaya hidup, lebihkan simpanan.
– Perbelanjaan gaya hidup yang tinggi menyebabkan anda tidak boleh menyimpan. Sebaiknya simpanan kecemasan adalah 6 bulan gaji. Sebabnya, bila kita kehilangan kerja akibat ekonomi tidak menentu, kita masih ada dana yang cukup sebelum kita mendapat pekerjaan baru.

>>Ingin kerja dengan pendapatan tanpa had dan halal. Klik sini untuk info lanjut<<

5. Belajar ilmu pemasaran baru, ilmu urus kewangan, teknologi.
– Dizaman teknologi ini, amat penting untuk mempelajari ilmu pemasaran baru dan memanfaatkan sepenuhnya teknologi internet untuk pemasaran produk atau perkhidmatan anda.

6. Tambahkan kenalan, rangkaian
– Ramai kenalan dan rangkaian yang banyak memudahkan anda untuk memasarkan sesuatu produk. Juga mereka akan membantu anda secara tidak langsung dalam promosi.

7.  Fokus kepada satu pekerjaan atau produk sahaja
– Ini amat penting kerana jika anda tidak fokus kepada satu perkara, nanti ditakuti seperti peribahasa yang dikejar tidak dapat dan yang dikendong berciciran. Ini berkait rapat dengan perkara pertama di atas.

8. Dapatkan mentor yang boleh membantu
– Ini penting kerana mentor biasa orang lama atau otai dalam sesuatu bidang. Jika anda mempunyai mentor, lebih mudah anda untuk menguruskan sesuatu pekerjaan itu.

9. Perlu rajin, gigih dan tidak cepat mengalah
– Berlainan dengan bekerja makan gaji, bekerja sendiri perlukan kerajinan, kegigihan dan rasa tidak cepat mengalah yang luar biasa. Jika ini tiada, lupakan sahaja niat nak bekerja sendiri

10. Doa dan tawakal
– Setelah anda berusaha, berdoa kepada Allah agar dia mudahkan pekerjaan kita kerana dialah yang menentukan segala-galanya untuk kita waktu hidup mahupun bila di akhirat kelak.

Ini adalah sedikit sebanyak tips dan panduan untuk mereka yang ingin bekerja sendiri. Kongsikan post ini jika ia memberi manfaat, semangat dan dorongan kepada anda.

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Like this:

Like Loading...
Share this on WhatsApp

Filed Under: Kewangan, Umum Tagged With: ejen takaful, kerja sendiri, tips kerja sendiri

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

IKLAN

E-mail Newsletter

  • Facebook
  • GitHub
  • Instagram
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

More to See

Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!

28th January 2024 By azizulwmc

Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )

23rd January 2024 By azizulwmc

Footer

Text Widget

This is an example of a text widget which can be used to describe a particular service. You can also use other widgets in this location.

Examples of widgets that can be placed here in the footer are a calendar, latest tweets, recent comments, recent posts, search form, tag cloud or more.

Sample Link.

Recent

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti
  • Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!
  • Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )
  • Kenali Jenis-Jenis Buah Durian dan Ciri-cirinya – Mesti Baca
  • Iklan Jawatan Kosong di JAIS – Tarikh Tutup 25 Feb 2020

Search

Tags

Apple airdrop Astro Go Shop beli barang di Go Shop Biasiswa kerajaan Jepun cancer cancercare diskaun 20% durian ejen takaful gambar raya gantian gaji gantian pendapatan Go Shop jawatan kosong jawatan kosong JAIS jawatan kosong kerajaan jawatan kosong petronas kad kesihatan kad perubatan kedai aksesori telefon ustaz kedai ustaz kedai ustaz pkns kepentingan takaful konsultan takaful kos perubatan liga perdana inggeris mampu milik medica 2015 medica2015 medica 2016 medical card medical card murah medical card standalone medical card zurich takaful musang king pusat pakar UKM scammer Shimono vacuum cleaner takaful takafulink takaful medical card tom yam best ukm kesihatan zurich takaful zurich takaful cancercare

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d