Ramai yang mungkin tidak mengetahui yang anda boleh mendapatkan diskaun 10% selepas anda makan di KFC untuk kunjungan anda ke KFC yang akan datang? Anda cuma perlu lakukan kaji selidik mudah dalam masa 3 hari selepas anda makan di mana-mana restoran KFC dan anda layak untuk dapatkan diskaun 10% untuk menu ayam goreng ala carte. Sila teruskan bacaan untuk cara-caranya.
Semua maklumat yang diperlukan ada di resit anda. Anda hanya perlu isikan maklumat-maklumat tersebut ke borang online yang disediakan di kfc.com.my/feedback. Kaji selidik ini tidak memerlukan anda untuk memasukkan apa-apa maklumat peribadi jadi ianya selamat.
Selepas anda siap mengisi borang kaji selidik tersebut, anda akan diberikan kod pengesahan. Tuliskan kod pengesahan pada resit anda dan anda boleh bawa untuk dapatkan diskaun 10% untuk menu ayam goreng ala carte.
Mudah sahaja bukan? Walaupun cuma 10% ianya tetap penjimatan. Selagi kita boleh berjimat, berjimatlah. Kongsikan panduan ini dengan rakan-rakan lain jika bermanfaat.
Leave a Reply