Baru-baru ini admin mendapat perkongsian satu video mengenai satu kemalangan yang dikatakan disebabkan oleh karpet aksesori yang dipasang oleh pemilik kereta tersebut. Tidak dapat dipastikan ianya berlaku di mana, namun aksesori karpet merupakan antara aksesori yang pertama dibeli oleh pemilik kereta baru. Post kali ini mungkin boleh memberikan peringatan kepada kita agar sentiasa waspada dengan keadaan karpet kereta kita.
Karpet aksesori biasanya tebal dan diletakkan di atas karpet asal. Jadi kedudukan karpet semakin tinggi. Apa yang berlaku, pedal minyak telah tersangkut dan tidak kembali pada kedudukan asal menyebabkan kereta terus memecut walaupun pedal minyak dilepaskan.
Karpet yang tujuannya asalnya baik boleh menjadi pembunuh senyap jika berlaku keadaan seperti ini. Karpet yang diberikan oleh pengeluar kenderaan biasanya mempunyai ciri keselamatan iaitu mempunyai fungsi velcro di bahagian bawah. Velcro ini menyebabkan karpet melekat pada karpet lantai dan tidak bergerak sebagai ciri keselamatan.
Sila lihat video penuh berkenaan kemalangan disebabkan karpet ini. Jika post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan lain.
Leave a Reply