Kalau anda ke negeri Melaka, pasti tidak lengkap jika tidak makan masakan asam pedas. Negeri Melaka memang terkenal dengan masakan asam pedas. Asam pedas telur tenggiri juga punya rasa tersendiri. Terasa bila menghirup kuahnya. Satu gerai di medan selera Semabok bersebelahan dengan Lebuh AMJ ada menjual asam pedas telur tenggiri pada harga RM5 semangkuk.
Asam pedas telur tenggiri ni sedap dimakan dengan nasi putih sahaja namun jika ada ulam-ulam lebih sedap lagi. Di gerai Kak Nora ini juga menyediakan nasi campur dan lauk-lauk lain. Bawalah keluarga anda ke sini untuk rasa asam pedas telur tenggiri terbaik di Semabok.
Leave a Reply