Pasti ramai yang tertanya-tanya bilakah waktu atau keadaan yang perlu untuk guna fungsi ‘N’ atau Neutral pada kereta yang menggunakan gear automatik? Terdapat banyak pendapat di media sosial yang mengatakan selalu menggunakan fungsi ‘N’ tidak bagus dan boleh menyebabkan kotak gear rosak. Adakah ianya benar? Berikut adalah kegunaan fungsi ‘N’ pada gear automatik.
1. Waktu kenderaan ditunda
Jika kenderaan anda ditunda dengan kaedah seperti gambar di atas, anda perlu meletakkan gear pada kedudukan ‘N’. Ini membolehkan kereta ditunda menggelungsur dengan mudah dan mengelakkan dari kotak gear rosak.
2. Terperangkap Di dalam kesesakan teruk
Dalam kesesakan yang teramat teruk dan hampir kereta anda tidak bergerak, anda boleh menukar gear ke kedudukan ‘N’. Ini membolehkan anda menjimatkan penggunaan petrol kerana tiada daya ke hadapan digunakan sewaktu dalam keadaan pegun.
Itu antara kegunaan fungsi ‘N’ pada gear. Soalan, bagaimana pula mereka yang selalu menukar ke kedudukan ‘N’ sewaktu berhenti di lampu trafik atau ketika menuruni bukit? Mari kita lihat satu persatu.
3. Adakah elok selalu menukar gear ke kedudukan ‘N’ sewaktu di lampu trafik?
Jawapannya adalah tidak elok kerana setiap kali anda menukar kedudukan dari ‘D’ ke ‘N’, clucth plate akan bergeser seterusnya mempercepatkan proses penghausan. Anda mungkin perlu menukarnya dengan lebih kerap.
4. Menuruni bukit dengan kedudukan ‘N’
Begitu juga yang berlaku bila menuruni bukit, selain masalah clutch plate cepat haus, masalah keselamatan juga bakal menimpa apabila enjin tidak dapat melakukan engine braking. Di harap anda faham dengan artikel ini dan kongsikan dengan rakan lain jika bermanfaat.
Sumber: Webcartop
Leave a Reply