Jika anda pengguna tegar aplikasi WhatsApp, pasti anda penat chatting menggunakan smartphone kerana skrin yang kecil dan bateri yang terhad. Tahukah anda, anda boleh chatting menggunakan aplikasi WhatsApp dengan mudah menggunakana komputer peribadi anda? Berikut adalah langkah-langkahnya;
1. Buka browser internet anda dan taip https://web.whatsapp.com pada bahagian address browser
2. Setelah anda menekan kekunci enter, anda akan dibawa ke page yang akan menunjukkan langkah-langkah untuk menghubungkan aplikasi WhatsApp di smartphone anda untuk peranti Android, Windows Phone dan iPhone.
3. Untuk pengguna iPhone, buka aplikasi WhatsApp kemudian ke menu setting dan klik pada WhatsApp Web seperti gambar di bawah.
4. Selepas itu, anda dikehendaki scan QR kod yang dipaparkan di browser internet PC anda tadi menggunakan iPhone/smartphone anda.
5. Setelah anda scan QR kod tersebut, anda sudah boleh memulakan chat WhatsApp menggunakan PC.
Kini anda tak perlu lagi bersusah-susah untuk chat menggunakan skrin kecil terutamanya untuk mereka yang memang tegar menggunakan aplikasi WhatsApp. Mudahkan? Jangan lupa sharekan dengan rakan-rakan lain.
Leave a Reply