Seorang doktor di hospital kerajaan dan juga pengasas page Medical Mythbusters Malaysia berkongsikan kisah beliau yang mana walaupun dia seorang doktor, beliau tetap mengambil pelan medical card. Bukan kerana beliau tidak percaya kepada fasiliti kerajaan, tapi ada sebab-sebab tertentu yang beliau nyatakan. Sila ikuti print screen fb page beliau untuk penjelasan;
Beliau menyatakan prosedur kemasukan wad adalah sama bagi kerajaan mahupun swasta. Jika anda mempunyai medical card, tempoh menunggu mungkin boleh dipendekkan dan rawatan boleh bermula serta-merta. Anda juga boleh memilih bilik wad mengikut pelan, boleh pilih menu makanan dan juga masa lawatan yang fleksibel/ibu bapa dibenarkan berada dalam wad sepanjang masa.
Beliau juga dengan tegas menegur ejen-ejen takaful yang menggunakan kaedah fear mongering atau menakut-nakutkan bakal pelanggan sebagai tidak bagus. Ejen takaful disarankan agar menumpukan kepada soft skills dan tidak menggunakan kaedah hard sell.
Kita memang sedia maklum akan kepentingan medical card dalam blog post sebelum ini, apa yang penting adakah kita sudah mempunyainya atau belum? Sila klik [Medical Card Zurich Takaful] untuk satu-satunya pelan medical card dengan diskaun 20%. Call 0192757055 atau klik [sini] untuk terus ke aplikasi WhatsApp saya.
Leave a Reply