Kerajaan telah melaksanakan program Pesakit Bayar Penuh atau Full Paying Patient (FPP) di hospital terpilih ( 7 hospital setakat ini ) dengan tujuan untuk memberi perkhidmatan lebih baik dan cepat setanding dengan hospital swasta dan juga sebagai satu langkah kerajaan untuk mengelakkan penghijrahan doktor pakar ke sektor swasta. Rujuk kenyataan KP Kesihatan [di sini].
Pusat Pakar UKM ini terletak di tingkat 7, sama bangunan dengan HUKM. Ianya diuruskan oleh syarikat UKM Kesihatan Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan kesihatan. Mereka akan menguruskan bayaran, guarantee letter (GL) dari insuran/takaful sebelum rawatan dimulakan.
Oleh kerana pusat pakar ini adalah program pesakit bayar penuh, deposit diperlukan sebelum kemasukan. Kadar deposit adalah seperti gambar di atas. Ia adalah lebih rendah sedikit berbanding hospital swasta. Jika anda mempunyai pelan takaful / insuran, deposit yang diperlukan hanya RM300. Itu pun akan dipulangkan semula setelah rawatan selesai. Bagi yang tidak mempunyai pelan takaful, anda boleh membayar menggunakan tunai, kad kredit atau kad debit. Rujuk post [medical card mampu milik] untuk maklumat mengenai medical card dengan diskaun 20%.
Pusat pakar ini mempunyai ramai doktor pakar yang sedia memberikan perkhidmatan dan konsultasi terbaik untuk para pesakit. Adakalanya doktor perlu berbincang bagaimana rawatan dan penyelesaian terbaik untuk pesakit mereka. Dengan senarai doktor seramai ini, mungkin ianya satu kelebihan untuk pesakit di pusat pakar ini.
Keadaan pusat rawatan yang tenang dan tidak sesak juga memberikan kelebihan kepada para pesakit dan doktor untuk lebih memberikan tumpuan agar rawatan dan proses penyembuhan dapat dilakukan dengan lebih selesa dan cepat.
Antara doktor pakar di pusat pakar ini adalah pakar bedah tulang belakang (spinal) iaitu Dr. Mohd Hisam. Beliau telah berjaya membantu ramai pesakit scoliosis atau tulang belakang membengkok kerana pelbagai faktor. Termasuklah ibu kami yang menjalani pembedahan implan pada bulan Januari lalu. Kos keseluruhan RM48 ribu untuk barang implan sahaja. Apa pun kosnya kami cukup berterima kasih kepada Doktor Hisam dan pasukannya kerana bertungkus lumus dalam membantu ibu kami. Alhamdulillah dengan izinNya ibu kami kembali pulih.
Secara umumnya, perkhidmatan kesihatan dapat ditambah baik dengan peranan syarikat takaful dan insuran. Ini kerana kos penyediaan rawatan yang tinggi dari segi peralatan, ubatan dan bayaran professional haruslah setimpal dengan kesukaran kerja yang dilakukan. Inilah sebabnya kerajaan sekarang menubuhkan pusat pakar dengan program bayaran penuh. Alhamdulillah, pusat pakar UKM ini merupakan panel hospital Zurich Takaful sejak awal lagi. Dengan takaful, pesakit tidak perlu mengeluarkan wang simpanan atau terpaksa berhutang dengan kad kredit untuk mendapatkan rawatan pakar yang cepat dan selesa.
Mohonlah pelan takaful anda sewaktu anda masih sihat. Takaful tidak boleh dibeli dengan wang ringgit tetapi dengan kesihatan. Medical card Zurich Takaful memberi perlindungan yang komprehensif dengan harga yang sangat berpatutan. Juga satu-satunya medical card yang memberi diskaun tunai 20% jika tiada tuntutan untuk menjadikan caruman bulanan lebih murah. Klik pautan ini [Medical card dengan diskaun 20%] untuk maklumat lanjut atau Call/sms 0192757055 atau terus klik [sini] untuk terusk ke aplikasi WhatsApp admin. Sharekan post ini jika ia membantu.
Leave a Reply