• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About Us

azizulwmc.com

Live, Plan & Protect

UKM Specialist Center Antara Hospital FPP Kerajaan Terbaik

1st July 2017 by azizulwmc Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Kerajaan telah melaksanakan program Pesakit Bayar Penuh atau Full Paying Patient (FPP) di hospital terpilih ( 7 hospital setakat ini ) dengan tujuan untuk memberi perkhidmatan lebih baik dan cepat setanding dengan hospital swasta dan juga sebagai satu langkah kerajaan untuk mengelakkan penghijrahan doktor pakar ke sektor swasta. Rujuk kenyataan KP Kesihatan [di sini]. 

Pusat Pakar UKM ini terletak di tingkat 7, sama bangunan dengan HUKM. Ianya diuruskan oleh syarikat UKM Kesihatan Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan kesihatan. Mereka akan menguruskan bayaran, guarantee letter (GL) dari insuran/takaful sebelum rawatan dimulakan.
Oleh kerana pusat pakar ini adalah program pesakit bayar penuh, deposit diperlukan sebelum kemasukan. Kadar deposit adalah seperti gambar di atas. Ia adalah lebih rendah sedikit berbanding hospital swasta. Jika anda mempunyai pelan takaful / insuran, deposit yang diperlukan hanya RM300. Itu pun akan dipulangkan semula setelah rawatan selesai. Bagi yang tidak mempunyai pelan takaful, anda boleh membayar menggunakan tunai, kad kredit atau kad debit. Rujuk post [medical card mampu milik] untuk maklumat mengenai medical card dengan diskaun 20%.

Pusat pakar ini mempunyai ramai doktor pakar yang sedia memberikan perkhidmatan dan konsultasi terbaik untuk para pesakit. Adakalanya doktor perlu berbincang bagaimana rawatan dan penyelesaian terbaik untuk pesakit mereka. Dengan senarai doktor seramai ini, mungkin ianya satu kelebihan untuk pesakit di pusat pakar ini.
Keadaan pusat rawatan yang tenang dan tidak sesak juga memberikan kelebihan kepada para pesakit dan doktor untuk lebih memberikan tumpuan agar rawatan dan proses penyembuhan dapat dilakukan dengan lebih selesa dan cepat. 
Antara doktor pakar di pusat pakar ini adalah pakar bedah tulang belakang (spinal) iaitu Dr. Mohd Hisam. Beliau telah berjaya membantu ramai pesakit scoliosis atau tulang belakang membengkok kerana pelbagai faktor. Termasuklah ibu kami yang menjalani pembedahan implan pada bulan Januari lalu. Kos keseluruhan RM48 ribu untuk barang implan sahaja. Apa pun kosnya kami cukup berterima kasih kepada Doktor Hisam dan pasukannya kerana bertungkus lumus dalam membantu ibu kami. Alhamdulillah dengan izinNya ibu kami kembali pulih.
Secara umumnya, perkhidmatan kesihatan dapat ditambah baik dengan peranan syarikat takaful dan insuran. Ini kerana kos penyediaan rawatan yang tinggi dari segi peralatan, ubatan dan bayaran professional haruslah setimpal dengan kesukaran kerja yang dilakukan. Inilah sebabnya kerajaan sekarang menubuhkan pusat pakar dengan program bayaran penuh. Alhamdulillah, pusat pakar UKM ini merupakan panel hospital Zurich Takaful sejak awal lagi. Dengan takaful, pesakit tidak perlu mengeluarkan wang simpanan atau terpaksa berhutang dengan kad kredit untuk mendapatkan rawatan pakar yang cepat dan selesa. 

Mohonlah pelan takaful anda sewaktu anda masih sihat. Takaful tidak boleh dibeli dengan wang ringgit tetapi dengan kesihatan. Medical card Zurich Takaful memberi perlindungan yang komprehensif dengan harga yang sangat berpatutan. Juga medical card tanpa ko takaful dan deductible. Klik pautan ini [Medical Card Mampu Milik] untuk maklumat lanjut atau Call/sms 0192757055 atau terus klik [sini] untuk terusk ke aplikasi WhatsApp admin. Sharekan post ini jika ia membantu.

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Like this:

Like Loading...
Share this on WhatsApp

Filed Under: FPP, Medical Card, Takaful Tagged With: medica 2015, medical card murah, pusat pakar UKM, ukm kesihatan, zurich takaful

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

IKLAN

E-mail Newsletter

  • Facebook
  • GitHub
  • Instagram
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

More to See

Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!

28th January 2024 By azizulwmc

Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )

23rd January 2024 By azizulwmc

Footer

Text Widget

This is an example of a text widget which can be used to describe a particular service. You can also use other widgets in this location.

Examples of widgets that can be placed here in the footer are a calendar, latest tweets, recent comments, recent posts, search form, tag cloud or more.

Sample Link.

Recent

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti
  • Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!
  • Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )
  • Kenali Jenis-Jenis Buah Durian dan Ciri-cirinya – Mesti Baca
  • Iklan Jawatan Kosong di JAIS – Tarikh Tutup 25 Feb 2020

Search

Tags

Apple airdrop Astro Go Shop beli barang di Go Shop Biasiswa kerajaan Jepun cancer cancercare diskaun 20% durian ejen takaful gambar raya gantian gaji gantian pendapatan Go Shop jawatan kosong jawatan kosong JAIS jawatan kosong kerajaan jawatan kosong petronas kad kesihatan kad perubatan kedai aksesori telefon ustaz kedai ustaz kedai ustaz pkns kepentingan takaful konsultan takaful kos perubatan liga perdana inggeris mampu milik medica 2015 medica2015 medica 2016 medical card medical card murah medical card standalone medical card zurich takaful musang king pusat pakar UKM scammer Shimono vacuum cleaner takaful takafulink takaful medical card tom yam best ukm kesihatan zurich takaful zurich takaful cancercare

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d