• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About Us

azizulwmc.com

Live, Plan & Protect

Medical Card Keluarga Atau Individu Lebih Baik? 

15th June 2017 by azizulwmc Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Ramai yang mencari produk medical card standalone family, bayar satu caruman untuk cover 1 family. Tetapi adakah anda untung atau rugi dengan plan medical card family ini? Mari kita buat perbandingan antara medical card family dengan individu. Katakanlah keluarga  anda ada 4 orang iaitu Suami, Isteri dan 2 anak. Katakan Ayah berumur 37 tahun, Emak 35 tahun, Anak 1 (P) umur 9 tahun dan anak 2 (L) berumur 6 tahun. Bilik yang dipilih adalah RM250/malam.

Gambar di atas adalah contoh jadual bayaran untuk medical card family syarikat B. Bayaran berbeza mengikut umur orang yang dilindungi dan had sehingga 4 orang anak. Jika kriteria di atas diambil kira, Ayah yang berumur 37 tahun terletak pada julat umur 36-39 tahun. Pada julat umur ini harga untuk pelan standard 250 adalah RM517.29 sebulan atau RM6207.48 setahun. Had tahunan adalah RM150 ribu untuk setiap individu.
Kita bandingkan pula dengan setiap individu memohon medical card berasingan. Lihat gambar di atas. Bagi pelan bilik RM250 dengan had RM100 ribu setahun setiap indvidu dan tiada had seumur hidup, jumlah bayaran adalah RM291 sebulan atau RM3492 setahun. Perbezaan  yang besar dari pelan medical card family sebanyak RM2715 setahun di mana wang ini boleh di gunakan untuk membeli pelan takaful lain seperti takafulink untuk jaminan pendapatan keluarga. Bagi medical card individu Zurich Takaful, jika tiada tuntutan dalam setahun, 20% diskaun akan diberikan menjadikannya lebih murah. Menurut simulasi seperti di atas, jumlah bayaran bulanan selepas diskaun hanya Rm237 atau RM2844 setahun. Sila klik pautan ini [Medical card Zurich Takaful] untuk info lebih lanjut.


Kesimpulannya, terdapat pro dan kontra dalam pemilihan pelan medical card. Namun selagi anda  boleh berjimat, itu lebih baik. Bagi medical card individu, penjimatan ke atas caruman bulanan berbanding medical card family boleh digunakan untuk mendapatkan polisi tambahan seperti takaful hayat  jika ketua keluarga atau Ayah belum mempunyai polisi gantian pendapatan. Ini penting kerana medical card hanya membayar bil hospital sahaja, akan tetapi bila berlakunya perkara yang tidak diingini seperti kematian awal atau hilang upaya, pendapatan keluarga akan terjejas dan pada masa inilah polisi takaful hayat memainkan peranan. Untuk info lebih lanjut boleh hubungi saya di 0192757055 atau klik [sini] untuk terus ke aplikasi WhatsApp saya.

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Like this:

Like Loading...
Share this on WhatsApp

Filed Under: Kewangan, Medical Card, Takaful Tagged With: medica 2015, medical card family, medical card individu, medical card standalone, zurich takaful

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

IKLAN

E-mail Newsletter

  • Facebook
  • GitHub
  • Instagram
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

More to See

Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!

28th January 2024 By azizulwmc

Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )

23rd January 2024 By azizulwmc

Footer

Text Widget

This is an example of a text widget which can be used to describe a particular service. You can also use other widgets in this location.

Examples of widgets that can be placed here in the footer are a calendar, latest tweets, recent comments, recent posts, search form, tag cloud or more.

Sample Link.

Recent

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti
  • Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!
  • Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )
  • Kenali Jenis-Jenis Buah Durian dan Ciri-cirinya – Mesti Baca
  • Iklan Jawatan Kosong di JAIS – Tarikh Tutup 25 Feb 2020

Search

Tags

Apple airdrop Astro Go Shop beli barang di Go Shop Biasiswa kerajaan Jepun cancer cancercare diskaun 20% durian ejen takaful gambar raya gantian gaji gantian pendapatan Go Shop jawatan kosong jawatan kosong JAIS jawatan kosong kerajaan jawatan kosong petronas kad kesihatan kad perubatan kedai aksesori telefon ustaz kedai ustaz kedai ustaz pkns kepentingan takaful konsultan takaful kos perubatan liga perdana inggeris mampu milik medica 2015 medica2015 medica 2016 medical card medical card murah medical card standalone medical card zurich takaful musang king pusat pakar UKM scammer Shimono vacuum cleaner takaful takafulink takaful medical card tom yam best ukm kesihatan zurich takaful zurich takaful cancercare

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d