• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About Us

azizulwmc.com

Live, Plan & Protect

Mengapa Anda Perlu Mempunyai Pelan Takaful Perlindungan Kemalangan Peribadi?

10th June 2017 by azizulwmc Leave a Comment

Share this on WhatsApp


Apakah dia takaful kemalangan peribadi?

Takaful kemalangan peribadi adalah satu perkara penting dalam kehidupan kita, yang ramai orang tak berapa perasan. Pada asasnya, ia adalah polisi takaful yang memberi anda liputan perlindungan komprehensif terhadap perkara yang tidak anda rancang iaitu kemalangan yang tidak jangka akan berlaku. Ya, kemalangan berlaku secara tiba-tiba dan tepatlah kata peribahasa malang tidak berbau. 
Oleh sebab malang tak berbau, polisi seumpama ini akan memberi anda rasa dilindungi bila anda tahu anda dan orang tersayang mempunyai perlindungan yang cukup sepanjang masa. Namun, perhatikan bahawa setiap takaful kemalangan peribadi berbeza dari segi perlindungan yang diberi. Selalunya, ramai dari kita tidak begitu memberika perhatian kepada liputan perlindungan dan syarat-syaratnya. Terutamanya pelan2 yang ditawarkan secara talian. Kebanyakannya hanya bersetuju tanpa memeriksa secara terperincin. Contohnya, liputan mengecualikan perlindungan ke atas kes bunuh diri, kematian semasa beranak dan lain-lain jenis kemalangan. Juga, nilai perlindungan berbeza bergantung kepada jenis plan yang anda sertai.

Mengapa pelan takaful kemalangan peribadi penting?

Perkara pertama yang bermain di fikiran kita ialah keperluan perlindungan kemalangan peribadi. Anda mungkin telah buat perkiraan sepintas lalu mengenai kemalangan yang pernah anda lalui pada masa lepas. Sebenarnya, sesetengah dari kita memang perlukannya dan sesetengah dari kita mungkin termasuk dalam golongan yang bernasib baik dan tidak memerlukannya. Tapi macam mana kita nak tahu kita masuk golongan mana? Kemalangan tak diundang, namun ianya berlaku.
Oleh sebab-sebab di atas, anda mungkin memerlukan pelan takaful kemalangan peribadi. Ini sebabnya:

1. Kemalangan tak dapat diduga dan datang mengejut


Dalam kehidupan kita sentiasa bergerak. Setiap hari kita membuat perjalanan ke tempat kerja dan menghadapi situasi baru. Statistik kemalangan jalan raya pada tahun-tahun kebelakangan tidaklah memuaskan dan mengambil langkah berhati-hati sahaja tak mencukupi. Kemalangan jalan raya satu hal, tetapi juga macam-macam kemalangan boleh berlaku di rumah. Tiada tempat yang terkecuali, tapi kita juga tak perlu hidup dalam ketakutan. Mempunyai polisi takaful kemalangan peribadi memberi anda sedikit kelegaan dan kawalan atas perkara yang tidak terjangka.

2. Insurans tempat kerja anda tidak mencukupi

Kadang-kadang kerja yang anda lakukan mungkin mempunyai risiko fizikal dan insurans tempat kerja tidak mencukupi. Ini kerana insurans jenis ini liputan perlindungannya adalah atas budi bicara majikan dan selalunya terhad. Jadi mendapatkan polisi takaful kemalangan peribadi akan memberi anda kebebasan memilih pelan yang sesuai dan perlindungan yang anda benar-benar perlukan.


3. Simpanan tunai anda mungkin tak mencukupi semasa menghadapi peristiwa yang tak dirancang

Kebanyakan rakyat Malaysia boleh dikatakan kita tak ada simpanan langsung atau kecil jumlahnya. Dengan peningkatan kos sara hidup dan cara hidup yang mengikut peredaran zaman moden, kadar simpanan tunai menjadi bertambah parah lagi. Bagaimana anda nak menanganinya bila rutin biasa anda dicelah oleh kemalangan? Adakah anda berkemampuan untuk membayar kos perubatan yang kosnya beribu-ribu ringgit atau lebih? Sudahlah anda cedera, hilang pendapatan harian pula (kerja sendiri), masa itu pula kena fikir nak bayar belanja hospital dan lain-lain kos berkenaan kecederaan.

4. Gantian pendapatan kepada keluarga yang ditinggalkan akibat kematian awal, hilang upaya kekal

Paling malang ialah nasib orang tersayang sekiranya terjadi kemalangan yang membawa kematian. Polisi takaful kemalangan peribadi dapat bantu anda membantu mereka menghadapi kesempitan kewangan yang mereka mungkin terpaksa lalui.
Terdapat banyak lagi faktor penting mengapa anda perlu dapatkan takaful kemalangan peribadi. 

>>Pelan takaful perlindungan kemalangan peribadi paling komprehensif dengan bayaran terenda klik [sini]<<

Faktor yang dibincangkan di atas pun sudah memadai untuk anda segera mendapatkan pelan takaful perlindungan kemalangan peribadi. Namun, yang paling penting adalah anda perlu mendapatkan pelan yang memberikan liputan yang terbaik dengan caruman berpatutan. 

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Like this:

Like Loading...
Share this on WhatsApp

Filed Under: Medical Card, Personal Accident, Takaful Tagged With: patina2016, pelan kemalangan peribadi, personal accident takaful

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

IKLAN

E-mail Newsletter

  • Facebook
  • GitHub
  • Instagram
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

More to See

Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!

28th January 2024 By azizulwmc

Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )

23rd January 2024 By azizulwmc

Footer

Text Widget

This is an example of a text widget which can be used to describe a particular service. You can also use other widgets in this location.

Examples of widgets that can be placed here in the footer are a calendar, latest tweets, recent comments, recent posts, search form, tag cloud or more.

Sample Link.

Recent

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti
  • Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!
  • Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )
  • Kenali Jenis-Jenis Buah Durian dan Ciri-cirinya – Mesti Baca
  • Iklan Jawatan Kosong di JAIS – Tarikh Tutup 25 Feb 2020

Search

Tags

Apple airdrop Astro Go Shop beli barang di Go Shop Biasiswa kerajaan Jepun cancer cancercare diskaun 20% durian ejen takaful gambar raya gantian gaji gantian pendapatan Go Shop jawatan kosong jawatan kosong JAIS jawatan kosong kerajaan jawatan kosong petronas kad kesihatan kad perubatan kedai aksesori telefon ustaz kedai ustaz kedai ustaz pkns kepentingan takaful konsultan takaful kos perubatan liga perdana inggeris mampu milik medica 2015 medica2015 medica 2016 medical card medical card murah medical card standalone medical card zurich takaful musang king pusat pakar UKM scammer Shimono vacuum cleaner takaful takafulink takaful medical card tom yam best ukm kesihatan zurich takaful zurich takaful cancercare

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d