Baru-baru ini viral di media sosial berkenaan seorang ejen takaful dari syarikat XXX XXX berkenaan posting Facebooknya yang mengatakan kes patah tulang peha mengambil masa 3 bulan untuk menunggu pembedahan di hospital kerajaan jika dibandingkan dengan hospital swasta bertujuan untuk menaikkan sales takafulnya. Namun akhirnya statusnya itu menikamnya kembali apabila rata-rata netizen mengecamnya kerana kenyataan yang agak melampau itu.
Seorang pakar bedah tulang hospital kerajaan telah tampil memberikan penjelasan bahawa kenyataan ejen itu tidak benar sama sekali dan nyata berniat memburukkan kredibiliti hospital kerajaan. Berikut adalah screen shot post FB doktor tersebut.
Beliau secara amnya bersetuju setiap individu di negara kita mengambil perlindungan takaful untuk menampung kos perubatan yang semakin meningkat dan fungsi medical card adalah untuk membolehkan pesakit mendapatkan rawatan optional di hospital swasta yang lebih cepat kerana jumlah bilangan pesakit yang kurang.
Namun, beliau menasihatkan agar ejen insuran perlu lebih professional dan bertanggungjawab dalam memberikan fakta yang tepat kepada bakal pelanggan. Beliau tidak bersetuju dengan strategi menakut-nakutkan bakal pelanggan dan ia adalah sesuatu yang tidak bertanggungajawab.
P/S: Posting ejen sebeginilah yang menyebabkan orang pandang negatif pada industri takaful walhal tujuan takaful itu sangat baik. Kepada ejen2 di luar sana, ikuti dan fahami nasihat dari pakar perubatan kita ini.
>>Dapatkan medical card dengan caruman terendah dan diskaun tunai 20%. Klik [sini] untuk maklumat lanjut<<
Leave a Reply