• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About Us

azizulwmc.com

Live, Plan & Protect

Menyesal Terpedaya Dengan Iklan Kerja Lipat Risalah

7th May 2017 by azizulwmc Leave a Comment

Share this on WhatsApp


Pernahkah anda melihat atau terbaca iklan menawarkan pekerjaan menarik yang boleh dilakukan di rumah? Kerja yang diberikan sangat mudah, tapi boleh menjana pendapatan sehingga ribuan ringgit. Hanya perlu mengisi katalog iklan dalam sampul surat, nampak memang senang dan menarik.

Tetapi masih ramai lagi yang tidak menyedari yang semua ini adalah cara mudah ‘penjenayah’ mendapatkan wang. Kegiatan ini bukan perkara baru, namun ia terus berleluasa kerana sukar untuk menjejak penjenayah yang bijak berselindung di sebalik taktik licik ini.

Ikuti perkongsian wanita ini apabila menjadi salah seorang mangsa menipuan ini. Semoga pihak lain tidak mudah percaya dengan janji-janji yang ditaburkan oleh penjenayah seperti ini untuk mendapatkan duit dengan cara cepat.

“Tentu korang pernah dengar tentang kerja kerja part time pasal melipat risalah dengan keuntungan 4 angka sebulan. Nasihat saya jangan mudah terpedaya kerana itu semua hanyalah taktik mereka tarik orang untuk dapatkan duit. Sebelum tu saya nak ceritakan kisah saya dulu.”

“Saya student ipta dan sekarang tengah menjalani latihan praktikal. Tapi memikirkan nak bayar yuran ipta untuk semester depan yang makin meningkat, saya pun terfikir nak buat part time untuk sediakan duit bagi bayar yuran semester depan. Kalau boleh tak mahu susahkan mak abah.”

“Bila mencari saya terjumpa iklan “KERJA PART TIME LIPAT RISALAH DI RUMAH” ganjaran hingga RM500 seminggu and bla..bla..bla.. cuma lipat risalah and bla..bla…bla… Saya jumpa iklan ini kat surat khabar tapi tak ingat surat khabar apa. Jadi saya pun cuba whatsapp dan tanya mengenai kerja part time itu. Dia punya explanation panjang berjela dan betul-betul terangkan pasal lipat risalah, masuk sampul, tulis alamat dan pos dekat alamat yang diberi.”
“Dalam itu siap ada nama syarikat lagi. Nama syarikat itu DICNAMIC MAIL ENTERPRES dan beralamat dekat Ajil, Terengganu. Saya check dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM). Bila ikut ejaan kat atas itu betul memang tak ada, iyelah mana ada ENTERPRES , ENTERPRISE ada la. Jadi saya pun betulkan ejaan dia dan memang syarikat itu ada berdaftar dengan SSM.”

“Saya pun buat pendaftaran RM60 dengan orang itu, dah bank in apa semua dia pun hantar barang dia itu. Saya sempat tanya beberapa soalan as “Alamat dibekalkan sekali ke? Dan tak kena tarik orang sertai ni ke?” Jawapan dia “Tidak ada, Nama, Alamat akan dibekalkan secara percuma nanti”.

“Bila barang sampai rupanya hanya ada buku panduan yang hanya di photostat dalam keadaan yang sudah lusuh. Beberapa borang dan risalah yang mengajar kita untuk buat benda yang sama dekat orang lain. Siap ada sejarah penubuhan macam mana boleh tercetusnya idea nak menipu orang ini. Siap suruh kita photostate semua ‘sampah’ yang dia bagi untuk kita iklankan dan tipu orang dan bagi balik ‘sampah’ dorang itu kat orang lain.”

“Ya Allah saya memang bengang sangat dengan manusia itu tapi saya chat balik orang itu elok-elok dan tanya balik soalan-soalan pasal hantar risalah tu. Saya chat dia punya banyak dia tak reply walaupun dah “blue tick”. Memang rasa tertipu sangat, saya mintak pulang duit pun dia tak reply. Ya Allah memang sakit hati sangat, ikutkan hati memang nak maki hamun saja tapi buat apa kan. Bukannya dia kisah pun, habis baik pun dia block saya kan.”

“Jadi saya buat entry ini untuk elakkan lebih ramai yang tertipu. Jangan percaya sama sekali dengan iklan-iklan part time lipat risalah apa semua kat surat khabar itu. Itu salah satu cara mereka nak tarik orang untuk menipu dan dapat duit. Korang boleh nilai sendiri lah nanti. Dia ini biar lah dia hidup senang dengan duit dia menipu orang. Moga hidup dia bahagia lah dengan penipuannya. Dia lupa agaknya yang what she give, she get back, dia lupa jugak yang dunia ni sementara saja.”

“Dahla malas nak cakap panjang, sakit hati tak hilang lagi tahu. Rm60 tu boleh buat belanja makan saya seminggu dua,” tulisnya. – MissA

Jangan kita terpedaya dengan iklan yang menawarkan gaji lumayan dengan kerja yang mudah. Apa pun sila dapatkan gambaran sebenar untuk kerja yang dibuat bukannya sekadar hanya dengan tulisan website sahaja. Ingat tiada kerja yang mudah di alam relialiti. Sharekan post dengan rakan-rakan lain.

>>Ingin dapatkan pendapatan tanpa had yang halal? Klik [sini] untuk maklumat lanjut<<

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Like this:

Like Loading...
Share this on WhatsApp

Filed Under: Kewangan, Umum

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

IKLAN

E-mail Newsletter

  • Facebook
  • GitHub
  • Instagram
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

More to See

Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!

28th January 2024 By azizulwmc

Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )

23rd January 2024 By azizulwmc

Footer

Text Widget

This is an example of a text widget which can be used to describe a particular service. You can also use other widgets in this location.

Examples of widgets that can be placed here in the footer are a calendar, latest tweets, recent comments, recent posts, search form, tag cloud or more.

Sample Link.

Recent

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti
  • Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!
  • Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )
  • Kenali Jenis-Jenis Buah Durian dan Ciri-cirinya – Mesti Baca
  • Iklan Jawatan Kosong di JAIS – Tarikh Tutup 25 Feb 2020

Search

Tags

Apple airdrop Astro Go Shop beli barang di Go Shop Biasiswa kerajaan Jepun cancer cancercare diskaun 20% durian ejen takaful gambar raya gantian gaji gantian pendapatan Go Shop jawatan kosong jawatan kosong JAIS jawatan kosong kerajaan jawatan kosong petronas kad kesihatan kad perubatan kedai aksesori telefon ustaz kedai ustaz kedai ustaz pkns kepentingan takaful konsultan takaful kos perubatan liga perdana inggeris mampu milik medica 2015 medica2015 medica 2016 medical card medical card murah medical card standalone medical card zurich takaful musang king pusat pakar UKM scammer Shimono vacuum cleaner takaful takafulink takaful medical card tom yam best ukm kesihatan zurich takaful zurich takaful cancercare

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d