• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About Us

azizulwmc.com

Live, Plan & Protect

Percutian Pendek Ke Hot Springs Felda Sungai Klah Sungkai

1st May 2017 by azizulwmc Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Sempena cuti 3 berterusan kerana hari buruh jatuh pada isnin, 1 Mei 2017, kami telah pergi ke pusat rekreasi air panas Sungai Klah, Sungkai Perak Darul Ridzuan. Percutian ke hot springs ini memang kami rancang, kebetulan adik merancang untuk membuat majlis akikah anaknya di rumah mertua beliau di Ipoh. Selepas sahaja majlis akikah selesai, kami terus bergerak ke Sungkai dan terus menuju ke kawasan hot springs.

Sebaik sahaja sampai, kami pun membeli tiket masuk. Tiket berharga RM15 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak. Dari pintu masuk kami perlu menaiki traktor pengantara. Dalam masa kurang 5 minit, kami telah sampai ke kawasan rekreasi air.

Pemandangan kawasan hadapan taman rekreasi air panas. Nampak seperti biasa sahaja. Masuk-masuk sahaja ada cafe. Ingat seberang barang makanan atau air dari luar tidak dibenarkan bawa masuk. Anda hanya boleh membeli di dalam kawasan taman sahaja.

Terdapat banyak kolam dengan air panas suhu biasa. Sebuah kolam air panas yang besar, suhu dalam 30-35 darjah celsius boleh dimasuki oleh dewasa dan kanak-kanak kerana tidak terlalu panas.

Tempat khas untuk kanak-kanak juga disediakan. Yang ini agak membosankan kerana memang tujuan kita ke sini untuk mendapatkan terap air panas tetapi terpaksa melayan budak-budak yang tak tahan panas. Sabar saja lah.

Satu lagi aktiviti menarik boleh dilakukan di sini adalah merebus telur. Dengan suhu mencecah 50 darjah selsius, merebus telur bukan menjadi masalah. Namun telur hanya boleh dibeli di dalam kawasan taman sahaja. Jangan beli dari luar.


Kami menginap di Ting Brother Sg Klah Inn. Biliknya dibuat dari kabin kontena terpakai yang sangat cantik. Harganya juga berpatutan dari RM80 hingga RM120 semalam termasuk sarapan pagi nasi lemak. Anda boleh tidur sambil lihat langit di katil bercermin.


Anda juga boleh mengadakan barbeku dengan menyewa alat pembakar dengan pihak mereka pada bayaran RM100. Mereka akan sediakan semua termasuklah menyediakan bara api dan juga alat-alatan barbeku. Anda cuma letak makanan yang nak dipanggang sahaja.


Sebelum berangkat balik, kami singgah makan di restoran Nasi Bamboo. Begitu ramai sekali manusia di restoran ini membuatkan kami fikir memang sedap agaknya. Lepas parking kereta kami pun pergi untuk buat order.


Lihat suasana restoran. Seumpama rumah terbuka Perdana Menteri DS Najib Razak. Semuanya mahu makan nasi buluh atau bamboo.


Jadi inilah rupa nasi buluh. Nasi dikukus semula dengan daun di dalam bulu. Nasi buluh boleh dibeli dengan set terdiri dari kuah dan juga ikan pekasam. Untuk lauk tambahan anda perlu beli asing.


Ada pelbagai lauk pauk termasuk kambing panggang, ayam goreng, mentarang, bawal dan lain-lain lagi untuk di makan bersama Nasi Buluh.


Inilah rupa sebenar nasi bulu setelah dikeluarkan dari buluhnya. Rasanya sangat sedap dan fresh. Anda perlu mencubanya. Setelah selesai kami bertolak balik ke Saujana Putra. Sungai Klah tidak jauh dari susur keluar Sungkai. Hanya 10 kilometer dari Plaza tol dan 100 kilometer dari bandaraya kuala lumpur. Alhamdulillah selesai percutian pendek kami untuk kali ini. Sudikan share jika ianya bermanfaat.

Alamat:
Sungai Klah Hot Springs Park
36000 Sungkai
Perak
Tel: +6 05 438 8801 or +6 03 2697 9772

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Like this:

Like Loading...
Share this on WhatsApp

Filed Under: Jalan Jalan Cari Makan, Travelog Tagged With: air panas sungai klah, air panas sungkai, nasi bamboo sungkai, nasi buluh sungai klah, Sungai klah hot spring, taman air panas sungai klah sungkai

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

IKLAN

E-mail Newsletter

  • Facebook
  • GitHub
  • Instagram
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

More to See

Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!

28th January 2024 By azizulwmc

Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )

23rd January 2024 By azizulwmc

Footer

Text Widget

This is an example of a text widget which can be used to describe a particular service. You can also use other widgets in this location.

Examples of widgets that can be placed here in the footer are a calendar, latest tweets, recent comments, recent posts, search form, tag cloud or more.

Sample Link.

Recent

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti
  • Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!
  • Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )
  • Kenali Jenis-Jenis Buah Durian dan Ciri-cirinya – Mesti Baca
  • Iklan Jawatan Kosong di JAIS – Tarikh Tutup 25 Feb 2020

Search

Tags

Apple airdrop Astro Go Shop beli barang di Go Shop Biasiswa kerajaan Jepun cancer cancercare diskaun 20% durian ejen takaful gambar raya gantian gaji gantian pendapatan Go Shop jawatan kosong jawatan kosong JAIS jawatan kosong kerajaan jawatan kosong petronas kad kesihatan kad perubatan kedai aksesori telefon ustaz kedai ustaz kedai ustaz pkns kepentingan takaful konsultan takaful kos perubatan liga perdana inggeris mampu milik medica 2015 medica2015 medica 2016 medical card medical card murah medical card standalone medical card zurich takaful musang king pusat pakar UKM scammer Shimono vacuum cleaner takaful takafulink takaful medical card tom yam best ukm kesihatan zurich takaful zurich takaful cancercare

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d