• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About Us

azizulwmc.com

Live, Plan & Protect

Perlukah Anda Semak Semula Polisi Takaful Sedia Ada?

13th April 2017 by azizulwmc Leave a Comment

Share this on WhatsApp


Kepada anda yang sudah mempunyai sijil takaful, janganlah berasa selamat kerana polisi anda mungkin tidak mempunyai jumlah perlindungan yang sepatutnya anda perlukan. Bayangkan diwaktu jika berlaku musibah dan anda perlu dana yang besar untuk rawatan penyakit kritikal, jumlah perlindungan takaful jauh dari mencukupi.


Ini adalah fakta apabila menurut Life Insurance Association Malaysia (LIAM), kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai nilai perlindungan takaful di bawah nilai sebenar. Jadi mari kita lihat satu contoh polisi takaful yang saya katakan tidak mencukupi itu. Polisi ini adalah milik seorang pekerja dengan gaji bulanan RM4500 sebulan. Bayaran bulanan polisi ini adalah RM150 sebulan.

1. Manfaat Kematian
-Manfaat kematian adalah jumlah pampasan yang dibayar kepada waris jika berlaku kematian awal. Sejumlah wang yang besar diperlukan untuk mengganti gaji yang hilang. Sebaiknya, jumlah perlindungan adalah bersamaan 5tahun gaji. Polisi ini hanya berjumlah 3 bulan gaji sahaja dan ianya sangat-sangat tidak mencukupi. Jika polisi anda begini, anda perlukan lakukan semakan semula atau review.

2. Manfaat Hilang Upaya
-Apabila seseorang hilang upaya dan tidak mampu melakukan kerja, pastinya wang yang banyak diperlukan untuk menampung belanja seharian. Jika suami hilang upaya dan diberhentikan dari kerja, sejumlah wang besar diperlukan untuk menggantikan gaji yang telah hilang. Sepatunya, jumlah perlindungan adalah 5 tahun gaji. Jika hanya RM12000 cuma 4 bulan gaji. lepas 4 bulan anda terpaksa mencari sendiri wang belanja. Jika polisi anda begini, anda perlu lakukan semakan semula atau review.

3. Manfaat Penyakit Kritikal
-Penyakit kritikal sudah tentunya memerlukan kos yang tinggi untuk diubati. Ubat sahaja boleh mencecah ribuan ringgit. Di sini anda memang perlu coverage yang besar untuk penyakit kritikal. Jika coverage anda cuma RM1800 setahun, anda perlulah cepat semak semula polisi anda.

4,5 Manfaat Kad Perubatan (Medical card)
-R&B atau had kelayakan bilik RM150 sehari mungkin masih mencukupi tetapi perlu berkongsi biik dengan pesakit lain. Apa yang membimbangkan adalah had tahunan yang kecil Rm50,000 dan masih menggunakan konsep ko takaful. Medical card sekarang sudah tidak mempunyai sistem ko takaful dan had tahunan yang lebih besar dan tiada had seumur hidup. Jika polisi anda begini anda perlu lakukan semakan segera.

6. Elaun kemasukan wad
-Elaun kemasukan wad adalah pampasan yang dibayar apabila pemilik polisi diwadkan. Elaun kemasukan wad ini perlu diteliti dan disesuaikan dengan pekerjaan client. RM50 adalah sangat rendah. Jika polisi anda begini, lekas-lekaslah untuk lakukan semakan polisi anda.

>>Lihat [sini] bagaimana anda boleh memaksimakan perlindungan takaful anda dengan bayaran seminima mungkin<<

Saya memberikan khidmat semakan sijil/polisi takaful secara percuma samada melalui whatsapp atau pun temujanji. Whatsapp saya di 0192757055 untuk semakan percuma.

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Like this:

Like Loading...
Share this on WhatsApp

Filed Under: Gantian Pendapatan, Medical Card, Takaful

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

IKLAN

E-mail Newsletter

  • Facebook
  • GitHub
  • Instagram
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

More to See

Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!

28th January 2024 By azizulwmc

Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )

23rd January 2024 By azizulwmc

Footer

Text Widget

This is an example of a text widget which can be used to describe a particular service. You can also use other widgets in this location.

Examples of widgets that can be placed here in the footer are a calendar, latest tweets, recent comments, recent posts, search form, tag cloud or more.

Sample Link.

Recent

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti
  • Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!
  • Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )
  • Kenali Jenis-Jenis Buah Durian dan Ciri-cirinya – Mesti Baca
  • Iklan Jawatan Kosong di JAIS – Tarikh Tutup 25 Feb 2020

Search

Tags

Apple airdrop Astro Go Shop beli barang di Go Shop Biasiswa kerajaan Jepun cancer cancercare diskaun 20% durian ejen takaful gambar raya gantian gaji gantian pendapatan Go Shop jawatan kosong jawatan kosong JAIS jawatan kosong kerajaan jawatan kosong petronas kad kesihatan kad perubatan kedai aksesori telefon ustaz kedai ustaz kedai ustaz pkns kepentingan takaful konsultan takaful kos perubatan liga perdana inggeris mampu milik medica 2015 medica2015 medica 2016 medical card medical card murah medical card standalone medical card zurich takaful musang king pusat pakar UKM scammer Shimono vacuum cleaner takaful takafulink takaful medical card tom yam best ukm kesihatan zurich takaful zurich takaful cancercare

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d