Setiap dari kita mungkin sudah mempunyai kerjaya dalam bidang masing-masing. Namun adakala apabila sudah bekerja terlalu lama, mungkin adakalanya perkara yang berlaku tidak seperti yang kita jangkakan. Dengan perubahan iklim ekonomi, kadang-kadang kerja sedia ada yang dahulunya stabil menjadi stress. Ada juga yang sudah menjadi bosan kerana asyik melakukan perkara yang sama sahaja setiap hari di tempat kerja. Ada juga kerana perkara yang kita tidak boleh kawal, seperti kemelesetan ekonomi dunia menyebabkan ada yang kehilangan kerja seterusnya kehilangan pendapatan. Sebenarnya, apa pun alasan kita, mempunyai pekerjaan adalah penting untuk mendapatkan wang atau gaji untuk menjalankan kehidupan seharian.
Gaji juga sering menjadi topik hangat. Ia sering dijadikan bahan jenaka kerana gaji lambat membesar sedangkan kos sara hidup semakin mahal. Sebenarnya, itu bukanlah jenaka tetapi adalah hakikat. Disebabkan inflasi yang semakin meningkat kerana faktor seperti nilai matawang dan lain-lain, gaji yang diterima menjadi tidak setimpal dengan kos sara hidup. Jika ini menjadi masalah anda, anda perlulah memikirkan sesuatu langkah sebagai jalan keluar untuk meningkatkan ekonomi anda.
Di sini saya ingin mencadangkan kepada anda satu jalan penyelesaian dengan konsep E.A.S.Y atau bahasa Melayunya mudah. Ramai antara kita yang ingin keluar dari pekerjaan makan gaji dengan cuba menjual produk secara kecil-kecilan. Itu sangat bagus kerana bermula dengan kecil-kecilan, akan menjadi sesuatu yang besar. Namun, jualan secara runcit mempunyai komitmen masa yang tinggi hingga ada yang menyebabkan kerja hakiki di tempat kerja terabai. Ini adalah masalah besar kerana anda membuatkan majikan anda memandang serong pada anda. Juga ramai yang berhenti sekerat jalan kerana pendapatan melalui jualan runcit yang tidak ‘Sustain’ atau kekal. Di sini saya ingin terapkan konsep E.A.S.Y atau Enjoy your Ample time with Sustainable Yield atau bahasa melayunya lakukan dengan gembira dan rilek untuk mendapatkan hasil yang berkekalan. Ini hanya boleh dicapai dengan kerjaya sebagai Konsultan Takaful.
Kerjaya sebagai ejen takaful sering dipandang remeh kerana menjual produk yang orang tidak nampak dari segi zahir faedahnya, namun bagi mereka yang sudah melalui kepayahan akibat bencana kewangan disebabkan kematian awal, kemalangan dan sakit pastinya amat menghargai ejen takaful. Takaful bukanlah tempat meminta wang apabila sudah berlaku musibah tetapi ia adalah satu jaminan kerugian sebelum berlakunya musibah. Sedar atau tidak, industri takaful merupakan salah satu keperluan yang digariskan oleh BNM untuk menjadi negara maju. Namun kadar penembusan takaful di negara kita masih amat rendah pada 13.9% sahaja berbanding matlamat BNM iaitu 80%. Potensi pasaran yang cukup besar untuk mereka yang menjadi ejen takaful.
Oleh kerana itu, kerjaya sebagai ejen takaful mempunyai potensi pendapatan yang besar. Rebutlah peluang yang ada ini untuk bina kerjaya sebagai konsultan takaful bermula dari sekarang. Seterusnya, saya ingin menjelaskan bagaimana pendapat begini boleh diperoleh dalam industri takaful.
Seperti yang saya tulis di awal post ini tadi, saya bandingkan pendapatan mereka yang ingin melakukan transformasi kerjaya melalui menjual secara runcit dengan menjadi ejen takaful. Untuk jualan runcit, pendapatan anda adalah bergantung seratus peratus dengan jualan. Manakala untuk takaful, pendapatan adalah berterusan kerana komisen akan dibayar setiap bulan. Sebagai contoh, jika anda mendapat komisen RM575 pada bulan Jun, walaupun anda tidak mempunyai sales pada bulan Julai, anda masih dibayar RM575 berbanding RM0 untuk jualan runcit.
Jika ianya berterusan selama 2 tahun, dihujung tahun 2018 anda bakal mempunyai pendapatan RM2ribu yang stabil dari takaful. Sebenarnya dalam masa 2 tahun, jika seorang konsultan takaful itu berusaha dengan bersungguh-sungguh, pendapatan mereka adalah lebih dari itu. Itu sebabnya ramai konsultan takaful yang dahulunya makan gaji sudah berjaya melakukan transformasi kerjaya mereka dengan takaful.
Kerjaya takaful juga jika dilihat dari segi sudut yang lain adalah sebagai penyelamat kerana ramai orang di luar sana belum mempunyai dana perubatan yang cukup dan gaji mereka belum dilindungi dari bencana dan musibah. Oleh itu saya katakan kerjaya takaful ini dapat membantu masyarakat dan demi kemaslahatan ummah. Anda perlu cuba kerjaya yang sangat menarik ini secara part time mahupun full time mengikut kemampuan anda.
Berbanding syarikat lain, Zurich Takaful lebih fleksibel dengan KPI tahunan yang rendah. Seorang ejen perlu menjual hanya sekurang-kurangnya 15 polisi setahun. Zurich Takaful juga sentiasa proaktif memberikan latihan kepada para ejen mereka, untuk memudahkan ejen memberi penerangan kepada prospek seterusnya membuat jualan pelan takaful.
Pelbagai insentif menarik juga diberikan kepada para ejen yang mencapai target jualan yang ditetapkan seperti insentif pelancongan ke luar negara. Untuk tahun 2017, insentif lawatan ke Zurich, Switzerland untuk mereka yang layak. Istimewa juga untuk ejen di bawah KL team untuk belajar ilmu berkenaan dengan pemasaran internet dengan percuma. Dengan bantuan teknik pemasaran seperti ini, mudah bagi anda untuk mencapai kuota kelayakan insentif pelancongan.
Jika anda berniat untuk menjadikan kerjaya takaful sebagai permulaan transformasi anda, pastikan anda bersama dengan Zurich Takaful. Anda boleh muat turun panduan lengkap sebagai ejen Zurich Takaful di sini. Jangan bertangguh lagi, peluang anda mungkin hanya sekali ini sahaja. Sila klik [sini] untuk terus ke aplikasi WhatsApp saya untuk maklumat lanjut.
Rizal Moh says
Tuan. Senang ke naik pangkat di zurich? Apa syaratnya.
Zul says
Salam tuan..kalau nak jadi ejen part time boleh ke?
azizulwmc says
Boleh tuan. msg saya di 0192757055