• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About Us

azizulwmc.com

Live, Plan & Protect

Jenis-jenis Pengeluaran Wang KWSP Yang Perlu Kita Tahu

11th March 2017 by azizulwmc Leave a Comment

Share this on WhatsApp


Wang dalam KWSP secara umumnya tidak boleh dikeluarkan sebelum umur persaraan. Sebaiknya wang KSWP janganlah kita keluarkan kerana ia menjadi jaminan kita selepas bersara nanti. Namun begitu, terdapat keadaan tertentu yang membolehkan wang simpanan KWSP boleh dikeluarkan. Antara jenis pengeluaran adalah;

1. Pengeluaran umur 50 tahun
-Pengeluaran kesemua ATAU sebahagian simpanan dari Akaun 2 apabila ahli mencapai umur 50 Tahun. Lihat syarat-syarat dan cara permohonan di [sini].

2. Pengeluaran umur 55 tahun
-Pengeluaran kesemua ATAU sebahagian simpanan apabila ahli mencapai umur 55 Tahun. Lihat syarat-syarat dan cara permohonan di [sini].

3. Pengeluaran umur 60 tahun
-Pengeluaran ini adalah peluasan kepada pengeluaran umur 55 tahun sedia ada selaras dengan umur persaraan minimum 60 tahun. Lihat syarat-syarat dan cara permohonan di [sini].

4. Mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan
-Pengeluaran akaun 2 untuk membayar baki pinjaman pada institusi kewangan. Lihat syarat-syarat dan cara permohonan di [sini].

5. Pengeluaran Hilang Upaya
-Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan KWSP sekiranya ahli tidak berupaya dari segi fizikal atau mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan (employability). Lihat syarat-syarat dan cara permohonan di [sini].

6. Pengeluaran Pendidikan
-Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli / anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara. Lihat syarat-syarat dan cara permohonan di [sini].

7. Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pesara Pilihan
-Bagi ahli yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan diberi taraf pekerja berpencen :
• Pengeluaran Kesemua Simpanan Bahagian Pekerja • Bahagian Majikan Kerajaan Akan Dikembalikan Kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP). Lihat syarat-syarat dan cara permohononan di [sini].

8. Pengeluaran Skim Pelaburan Ahli
-Semua pelaburan yang dibuat hendaklah melalui IPD yang dilantik. Untuk mendapatkan senarai terkini IPD yang diluluskan, sila rujuk Senarai Institusi Pengurusan Dana terkini yang boleh diperolehi di laman web KWSP. Lihat syarat-syarat dan cara permohonan di [sini].

9. Pengeluaran Membeli/Membina Rumah
-Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara. Lihat syarat-syarat dan cara permohonan di [sini].

10. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta
-Pilihan kepada ahli yang mempunyai simpanan melebihi RM1.05 juta mengeluarkan lebihan simpanan berkenaan untuk diuruskan sendiri oleh ahli. Lihat syarat-syarat dan cara permohonan di [sini].

11. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
-Pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk membiayai Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah. Lihat syarat-syarat dan cara permohonan di[sini].

12. Pengeluaran Kematian
-Pengeluaran penuh akaun ahli oleh penama / wasi / pentadbir pusaka / waris terdekat ahli apabila berlaku kematian ke atas ahli KWSP. Lihat syarat-syarat dan cara permohonan di [sini].

13. Pengeluaran Kesihatan
-Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan / atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh Lembaga KWSP yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan. Lihat syarat-syarat dan cara permohonan di [sini].

14. Pengeluaran Haji
-Kerajaan melalui pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012 telah memperkenalkan inisiatif Pengeluaran Haji kepada ahli KWSP untuk membuat pengeluaran simpanan dari Akaun 2 untuk menunaikan ibadah Haji. Pengeluaran Haji bertujuan menampung perbelanjaan asas mengerjakan Haji dan bukan keseluruhan kos perbelanjaan Haji. Rasionalnya, untuk memastikan pengeluaran yang dibuat tidak menjejaskan simpanan persaraan ahli. Lihat syarat-syarat dan cara permohonan di [sini].

15. Pengeluaran Perumahan Fleksibel
-Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan  dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel  bagi membolehkan ahli mendapatkan  pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli / membina rumah. Lihat syarat-syarat dan cara permohonan di [sini].

>>Lindungi wang simpanan dan tunai anda dari bencana penyakit. Klik sini untuk maklumat lanjut<<

Sumber: kwsp.gov.my

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Like this:

Like Loading...
Share this on WhatsApp

Filed Under: Kewangan, Takaful Tagged With: jenis-jenis pengeluaran wang kwsp

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

IKLAN

E-mail Newsletter

  • Facebook
  • GitHub
  • Instagram
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

More to See

Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!

28th January 2024 By azizulwmc

Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )

23rd January 2024 By azizulwmc

Footer

Text Widget

This is an example of a text widget which can be used to describe a particular service. You can also use other widgets in this location.

Examples of widgets that can be placed here in the footer are a calendar, latest tweets, recent comments, recent posts, search form, tag cloud or more.

Sample Link.

Recent

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti
  • Anak Meradang Kerana Terpaksa Tanggung Hutang Mak Ditipu Scammer Hampir RM60K!
  • Cara Kongsi Roadtax JPJ / Lesen Kenderaan Motor Digital ( e-LKM )
  • Kenali Jenis-Jenis Buah Durian dan Ciri-cirinya – Mesti Baca
  • Iklan Jawatan Kosong di JAIS – Tarikh Tutup 25 Feb 2020

Search

Tags

Apple airdrop Astro Go Shop beli barang di Go Shop Biasiswa kerajaan Jepun cancer cancercare diskaun 20% durian ejen takaful gambar raya gantian gaji gantian pendapatan Go Shop jawatan kosong jawatan kosong JAIS jawatan kosong kerajaan jawatan kosong petronas kad kesihatan kad perubatan kedai aksesori telefon ustaz kedai ustaz kedai ustaz pkns kepentingan takaful konsultan takaful kos perubatan liga perdana inggeris mampu milik medica 2015 medica2015 medica 2016 medical card medical card murah medical card standalone medical card zurich takaful musang king pusat pakar UKM scammer Shimono vacuum cleaner takaful takafulink takaful medical card tom yam best ukm kesihatan zurich takaful zurich takaful cancercare

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d