Jenayah penipuan menggunakan institusi bank dan mengaku sebagai wakil dari Bank Negara semakin berleluasa. Orang ramai dinasihati agar sentiasa berwaspada terhadap panggilan yang mencurigakan. Satu kisah dikongsikan oleh saudara Tengku Ekhzara Putra menceritakan bagaimana beliau hampir-hampir menjadi mangsa modus operandi scam yang sangat licik ini. Sharekan dengan rakan-rakan lain agar tidak menjadi mangsa scam seperti ini.
Kisah semalam 24/2/2017…
Aku jadi bodoh sekejap n lurus bendul plak..
Kisahnya, pagi semlm baru smp ofis dlm kul 8.44pg dpt call dr no ni 03-92018118. Automatik machine ckp, ‘Dear customer, this is a confirmation of RHB credit card centre. You have 1 pending transaction amount of RM3,972.00 with RHB credit card, press 1 to approve, press 5 to repeat and press 9 to operator assistant’.
Memandangkan aku mmg x de apply credit card dgn RHB bank pun, aku pun press 9 utk ckp dgn operator. Lepas tekan 9, terus automatic machine ckp lg..
‘Selamat datang ke kumpulan perbankan RHB. Sila tunggu, agen perkhidmatan kami akan melayan anda sebentar lg..ulang 3-4 kali suara tu.. aku pun sabar menunggu.. pastu call aku tu pun di jawab oleh sorang lelaki cina.
‘Good morning RHB bank service centre. How can i assist you?’ Aku pun ckp la dpt call dr RHB bank utk confirmation 1 pending credit card transaction amount RM3,972.00 sedangkan aku mmg x de pun credit card RHB. So, mulanya aku ingat RHB bank ni salah call number kot. Nak call org lain tp call number aku plak. Pastu cina tu pun minta number ic dan nama aku utk dia check dlm sistem. Lepas dia check dia ckp, ye encik, ada 1 transaction telah di buat di City Chan KLIA2 menggunakan credit card nama encik amount RM3,972.00. Terus aku ckp kat dia tlg reject transaction tu, block dan cancel terus kad tu. Aku ade kat ofis di cyberjaya skrg ni. Aku x penah apply pun credit card RHB. Pastu dia ckp, ok encik, sy dah reject transaction tu dan block utk next transaction. Pastu dia ckp dia x boleh cancel kad tu sb dah ade outstanding amount RM8,236.80. Dia kata, kalau encik x pernah apply credit card RHB, maknanya butir2x peribadi encik telah dicuri. Dia nasihatkan kat aku utk buat report kat Bahagian Laporan Bank Negara Malaysia. Then, dia bg detail kredit kad RHB tu utk memudahkan aku buat laporan. Kad encik telah di apply di kaunter promosi Lot10, jln bukit bintang. No kad 4570 6663 8415 5009. Pastu dia terus bagi nombor BNM kat aku 1-800-818-548. Aku pun ucap terima kasih la kat dia, memudahkan keje aku dari nak cari nombor BNM. Aku pun tanya nama encik sapa? Dia jawab nama saya Wong Chee Wai No. Pass 806681. Pastu aku ucap terima kasih sekali lg kat dia dan letak telefon.
Aku pun terus call nombor yang dia bg td tu. 1-800-818-548. Automatic machine yg jawab. ‘Terima kasih kerana menghubungi Bank Negara Malaysia Telelink. Untuk makluman anda, panggilan anda akan dirakamkan. Sila tekan 1 utk perbankan, tekan 2 utk insurans, tekan 3 utk pentadbiran tukaran asing, tekan 4 utk perkara berkaitan laporan kredit, tekan 5 utk perusahaan kecil dan sederhana tekan 6 utk hal-hal lain’.
Aku pun tekan 6, dan sorang laki cina jawab panggilan aku. ‘Selamat pagi, bhg laporan. Aku pun cerita la kat dia pasal kes aku tu. Dia ckp dia akan amik report dan nnt kes aku ni akan disiasat oleh pegawai penyiasat. Masa nak buat laporan ni, dia ckp aku kena ikut prosedur dia, panggilan ni akan dirakam dan x boleh dgr bunyi bising, n aku x boleh cerita kat sesiapa selagi siasatan belum selesai.
Start masa ni dia tanya pasal detail banking aku. Dia ckp nama dia Thong Kar Meng. No pass RF/99171. Dia tanya aku ada buka akaun bank mana, debit/credit card, personal loan, tabung haji, asb dan investment unit trust. Aku pun main bagi je detail semua tu kecuali no akaun tabung haji dan asb sb buku ade kat umah. Sepanjang perjalanan siasatan kes ni, dia ckp semua deposit banking akan dijamin oleh insurans PIDM. Pastu dia ckp, akaun bank dan debit/credit card aku dibekukan dan kalau aku nak buat rransaction kena call dan inform diorg dulu takut org lain yg buat transaction. Aku pun ok je la.. Dah abis buat report, dia bg no report kat aku. WP/204271/17-BNM dan kes aku akan disiasat oleh pegawai mana x tahu lg. Dia suruh aku tunggu call ja. Aku pun ckp, harini semyg jumaat. Nak call pun lepas smyg jumaat la. Dia ckp ok.
Lepas smg jumaat, masa kat kedai mkn pukul 2.41 ptg aku dpt call dari nombor 1-800-818-549. Dia memperkenalkan diri dia officer Soo Chin Hong dr BNN yang megendalikan kes aku. Dia ckp hasil siasatan mmg ada kes fraud credit card. Dia nasihatkan aku supaya pegi atm mesin bank islam yg terdekat utk update barcode pin number sb aku ade saving dlm tu. Dia ckp, nnt kalau dah smp, call dia. Dia akan guide aku camna nk update.
Aku pun terus gerak ke atm machine bank islam cyberjaya. Dah smp, aku pun call dia dulu. Dia ckp, sebelum buat proses tu, aku kena ikut beberapa prosedur dulu. Yg pertama, aku kena fokus dekat atm machine sahaja, yg kedua, kalau keluar apa2 slip, aku kena simpan, yg ketiga, kalau ada org belakang @ kawan ganggu, jgn layan lg. Fokus dkt atm dulu.
Aku pun confident masuk terus ke atm machine masuk kad dan pin, pastu ikut arahan dia, dia suruh select English supaya memudahkan keje dia nak guide aku. Aku pun layan, ikut punya ikut, dia soh check balance.. pastu kuar slip. Dia soh baca amount dari belakang ke depan. Aku pun layan. Next, ikut arahan dia, tgk2 dia soh upgrade transfer limit pilih yg maksimum RM30,000.00. Aku pun layan. Duit aku x de la smp byk tu. Pastu ikut lagi arahan dia, tgk2 dia pilih instant transfer ke RHB. Layan lg, keluar number akaun, dia soh aku masukkan kod. Dia ckp ni bkn no akaun tp no kod. Dia soh masukkan kod 11820000088212. Keluar la nama Mohd afiq. Dia ckp ni pegawai RHB yg handle kes aku. Aku layan lg, keluar soh masukkan amaun, dia soh masukkan kod. Aku pun layan, tgk2 dia soh masukkan kod sama mcm baki aku. Aku dah pelik, tp aku layankan juga sb aku tau kalau transfer pun mesti reject sb atleast nk kena ada baki dlm akaun aku baru lepas transaction tu. Then dia soh tekan confirm, aku pun tekan. Keluar slip, mmg rejected la. Aku ckp kat dia, rejected, dia ckp kat aku you ada salah masukkan code number kot. Dia soh repeat lg proses yg sama kali ke 2. Sama gak, rejected. Aku mcm terpukau jd bodoh kejap, kali ke 3 dia soh try, aky layan lg, pastu aku perasan dia kurangkan kod tu supaya baki aku tinggal RM20. Aku masukkan juga, pastu keluar kat screen Proceed @ Cancel. Then aku ckp kat dia, aku x nak tekan proceed. Aku nak call bank negara dulu. Dia dah start berkeras soh aku tekan juga. Terus aku tekan cancel dan matikan phone.
Aku terus masuk dlm bank islam jumpa pegawai kat depan tu nak minta no tepon bank negara. Dia tanya kenapa encik, aku pun cerita la benda apa yg dah jd kat aku. Dia tanya, encik dah transfer ke, aky ckp x. Dia ckp Alhamdulillah, tu semua scam encik. Berpeluh kejap aku. Bersyukur sgt Allah masih lg memelihara aku dr terkena tipu semlm. Aku rasa mcm kena pukau pun ade. Modus operandi diorg mmg sgt licik.
Yg pada awalnya kata ada org guna credit card RHB atas nama aku tu semua tipu ja. Dah x pasal2 semlm juga aku block semua debit/credit card aku dan buat replacement baru.
Buat sudara mara ku; sahabat handai ku, rakan2 fb atau sesiapa saja, hati2 la dengan sindiket ni. Licik sgt.
>>Mengapakah gaji anda perlu dilindungi dan diwariskan? Bagaimana cara melindungi gaji? Klik sini untuk maklumat lanjut bagaimana anda boleh melindungi gaji anda<<
Leave a Reply