Kepada anda yang belum menukar kad debit atau kad kredit kepada jenis bernombor pin dan fungsi paywave, anda boleh menukar kad secara percuma di bank yang terlibat. Penukaran masih lagi percuma sehingga 1 April 2017. Selepas itu anda mungkin dikenakan caj penukaran kad. Lebih penting lagi, anda bakal tidak boleh melakukan transaksi debit lagi.
Penukaran kad berpin dan fungsi paywave ni adalah selaras dengan arahan bank negara untuk meningkat tahap keselamatan pemegang kad kerana apabila ianya dicuri, pencuri tidak boleh melakukan transaksi belian. Juga untuk mempromosikan kaedah bayaran tanpa tunai. Semua terminal pembayaran akan ditukar kepada jenis yang berpin, sebelum 1 Julai 2017.
Bersegeralah untuk menukar kad anda. Janganlah bila dah last minute baru nak pergi ke bank untuk menukar. Jadilah pengguna yang bijak. Sharekan info ini jika bermanfaat.
Leave a Reply